VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 03/04/2013

BN yakin pertahan Raub, Mentakab

KUANTAN 2 April - Barisan Nasional (BN) negeri yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Raub dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab setelah DAP mengumumkan calon bukan pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ceramah pakatan pembangkang yang diadakan di Raub malam tadi dianggap tidak mengejutkan.

"Secara jujurnya, saya lega dengan pengumuman itu kerana yakin rakyat akan membuat keputusan terbaik kerana ia boleh disifatkan sebagai tindakan dan masa yang salah oleh DAP," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 peringkat daerah Kuantan di Stadium Tertutup Sukpa kepada 3,974 penerima di sini hari ini.

Adnan berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Guan Eng yang meletakkan calon bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Datuk Mohd. Ariff Sabri Abd. Aziz di Parlimen Raub manakala Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di kerusi DUN Mentakab.

Beliau berkata, rakyat negeri ini sedia maklum Mohd. Arif sebelum ini pernah bertanding di DUN Pulau Manis di bawah tiket UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sementara itu keputusan DAP meletakkan ADUN Triang, Leong Ngah Ngah di DUN Ketari pula jelas Adnan, bakal menyaksikan keputusan mengejutkan.

"DAP mungkin ingat mereka akan terus mengekalkan kerusi DUN Triang dan memenangi kerusi Ketari, namun BN bakal meletakkan calon yang mampu menamatkan penguasaan DAP di Triang," katanya.

Menurut beliau, pakatan pembangkang pada ketika ini menghadapi masalah berikutan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak gembira dengan pembahagian kerusi dan begitu juga dengan DAP.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.