VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 29/03/2013

BN Pasir Gudang 'alu-alu' kehadiran Kit Siang - Khaled

Mohamed Khaled Nordin menyerahkan replika Sijil Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta kepada Pro Canselor Kolej Universiti Misi Antarabangsa Vinayaka, Datuk Dr. S. Sharavanan (kiri), diperhatikan Naib Canselor VMIUC, Prof. Datuk Dr. Ishak Abdul Razak pada majlis pelancaran kampus tersebut di Pasir Gudang, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 28 Mac - Barisan Nasional (BN) Pasir Gudang 'mengalu-alukan' kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang sekiranya benar-benar berhasrat bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Pengerusi BN Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan memastikan Kit Siang akan menyesali keputusannya itu kerana yakin rakyat negeri itu akan membuat keputusan terbaik dengan memilih BN.

"Jika beliau ingin bertanding di Johor Jaya, saya akan tentukan keputusan yang dibuatnya itu adalah keputusan paling tidak tepat sepanjang kariernya dalam bidang politik," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampus Kolej Universiti Misi Antarabangsa Vinayaka (VMIUC) di Bandar Seri Alam, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas desas-desus Ahli Parlimen Ipoh Timur itu yang berkira-kira bertanding merebut kerusi DUN Johor Jaya yang kini disandang wakil rakyat BN, Tan Cher Puk.

Mengulas dakwaan Kit Siang kononnya pembangkang yakin merampas beberapa kerusi Parlimen di Johor termasuk Pasir Gudang, Mohamed Khaled menyifatkan keyakinan itu tidak berasas dan sekadar mahu menakut-nakutkan BN.

"Rakyat pun tahu siapa sebenarnya juara mereka dan kita mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat berbanding pembangkang yang hanya pandai mengambil kesempatan," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.