VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 28/03/2013

Optimis BN boleh rampas Kota Laksamana

MELAKA 27 Mac - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Datuk Chiw Tiang Chai optimis dapat menarik sokongan pengundi masyarakat Cina kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, keyakinannya berdasarkan gerak kerja turun padang yang dilakukan dalam menyelesaikan pelbagai masalah penduduk yang gagal diatasi oleh wakil rakyat DAP selama ini.

''Saya sedar DUN Kota Laksamana dikuasai pembangkang sejak 45 tahun lalu dan tidak mustahil dalam pilihan raya kali ini kubu kuat DAP boleh dirobohkan.

''Saya lihat sokongan pengundi masyarakat Cina yang menjadi majoriti di kawasan ini sudah menampakkan arus perubahan terhadap BN dan jika momentum ini dapat dikekalkan saya yakin DUN Kota Laksamana dapat dirampas," katanya di sini hari ini.

Tiang Chai yang juga Pengerusi PPP Melaka berkata, sejak turun padang menyelesaikan pelbagai masalah di Taman Kota Laksamana, Kubu, Kampung Hulu, Kampung Lapan, Kampung Pantai dan Kampung Morten, masyarakat di situ semakin yakin terhadap BN.

Katanya, rata-rata penduduk di kawasan terbabit mengakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak pernah turun padang untuk meninjau atau menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi penduduk di situ.

''Saya harap dengan segala masalah yang telah diselesaikan seperti membaik pulih longkang, mengecat pangsapuri, membaiki atap, menaik taraf jalan raya dan mendapatkan bantuan kebajikan kepada golongan miskin serta warga emas, masyarakat dapat menyokong BN," ujarnya.

Beliau berkata, tumpuannya lebih kepada penduduk di Taman Kota Laksamana Seksyen 1, Seksyen 2 dan Seksyen 3 termasuk Kubu, Kampung Hulu, Kampung Pantai dan Kampung Lapan iaitu saluran undi yang sering menyaksikan calon BN tewas dalam pilihan raya 2008.

Bagaimanapun katanya, dua saluran dimenangi BN ketika itu adalah di Kampung Morten dan Kampung Pangkalan Rama Pantai.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon MCA, Lee Kiat Lee tewas dengan majoriti 7,242 undi kepada pembangkang, Betty Chew Gek Cheng dari DAP.

Bagaimanapun, pada pilihan raya kali ini, Betty yang juga isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan beliau tidak akan bertanding di kawasan tersebut.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.