VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 28/03/2013

Komuniti India Telok Datok tolak calon DAP

KUALA LANGAT 27 Mac - Komuniti India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Datok di sini, menolak pencalonan semula Philip Tan Choon Swee dari parti DAP sebagai wakil rakyat kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Ketua Komuniti Kaum India Kampung Sungai Sedu, V. John Paramasivam berkata, ADUN Telok Datuk itu didakwa mengabaikan kebajikan kaum India di kawasannya.

Beliau turut mencabar Philip agar mengemukakan butir-butir peruntukan yang diberikan kepada penduduk dan persatuan terutama kaum India sepanjang lima tahun lalu seperti bantuan rumah ibadat serta pengagihan bantuan buku latihan kepada para pelajar yang layak di DUN Telok Datok.

"Philip dilihat mengabaikan kewujudan kaum India di kawasan Telok Datok kerana hampir kebanyakan papan tanda di bandar Banting di sini langsung tiada tulisan Tamil.

"Kami komuniti India membantah Philip Tan daripada menjadi calon DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini.

John juga membantah tindakan Philip Tan yang mendakwa beliau tidak lagi memegang jawatan ketua komuniti India.

"Pada April tahun lalu, beliau mendakwa saya tidak lagi memegang jawatan Ketua Komuniti Kaum India sedangkan ketika itu saya masih memegang jawatan tersebut dan tempoh sah menjalankan tanggungjawab tersebut telah dilanjutkan sehingga Oktober 2012.

"Saya juga terima sepucuk surat pelanjutan tempoh perkhidmatan serta sijil penghargaan sebagai Ketua Komuniti Kaum India," katanya.

Sementara itu, Philip ketika dihubungi berkata, isu pemilihan ketua komuniti kaum India di kawasan tersebut sebenarnya telah selesai apabila John tamat perkhidmatannya sejak Oktober tahun lalu dan ketua baru iaitu M. Muniandy telah dilantik menggantikan tempatnya.

"Berhubung peruntukan untuk penduduk di Telok Datok, saya menafikan dakwaan bekas komuniti itu kerana kami mempunyai bukti yang menunjukkan pengagihan peruntukan untuk semua kaum.

"Saya berharap John tidak menimbulkan lagi isu ini dan saya mungkin akan mengambil tindakan undang-undang jika dia terus melemparkan tuduhan tidak berasas serta berniat mahu memburuk-burukkan saya sebagai wakil rakyat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.