VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 28/03/2013

Karpal lebih sesuai di Ipoh Timur berbanding Anwar - Pemuda Pas

IPOH 27 Mac - Pas seolah-olah tidak menerima Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timur selepas menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh lebih sesuai bertanding di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob berkata, walaupun Anwar disebut-sebut bertanding di kawasan itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mampu memberi kemenangan di kawasan majoriti Melayu lain di negeri itu.

Menurutnya, meskipun yakin Anwar boleh menang sekiranya bertanding di kerusi itu, namun Anwar lebih dialu-alukan bertanding di kerusi majoriti Melayu atau bercampur seperti di Parlimen Lumut.

"Karpal pula lebih sesuai di Ipoh Timur kerana kita beranggapan beliau mampu meneruskan momentum kepimpinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berubah angin bertanding di Gelang Patah, Johor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Desas-desus Anwar akan bertanding kerusi Parlimen Ipoh Timur tersebar luas sebelum ini, malah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin kelmarin juga tidak menolak kemungkinan tersebut kerana mendakwa Anwar tidak yakin dengan sokongan orang Melayu termasuk di kubu kuatnya di Permatang Pauh.

Menurut Zulkifli, beliau difahamkan oleh rakan-rakannya dalam PKR Anwar mahu bertanding di Ipoh Timur kerana Ketua Pembangkang itu lebih yakin terhadap sokongan di kawasan majoriti bukan Melayu.

Ditanya mengenai dakwaan itu, Raja Ahmad Iskandar berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana pihaknya percaya Anwar boleh menang di mana-mana sahaja kawasan yang ditandingi di negeri itu.

"Kalau bertanding di Ipoh Timur pun, kita yakin beliau menang, tetapi kita harap beliau boleh membantu pakatan pembangkang di Perak merampas kawasan majoriti Melayu yang memerlukan kemenangan," jelasnya.

Menurutnya, kehadiran Anwar bertanding di Perak mampu memberi suntikan semangat kepada jentera pakatan pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum kali ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.