VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 17/03/2013

Baiki kelemahan untuk kekalkan kepercayaan

Dr. Mahathir Mohamad bersama Siti Hasmah Mohd. Ali ditemu bual sewaktu menghadiri Himpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pucuk kepemimpinan Barisan Nasional (BN) perlu memperbetulkan kelemahan parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memastikan kepercayaan rakyat tidak hilang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, BN seharusnya akur dengan hakikat bahawa pemimpin-pemimpinnya juga manusia biasa yang tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di negeri-negeri yang diperintah mereka adalah lebih besar.

"Kita terpaksa, kalau kita tak buat, kita mungkin tak boleh menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Simpati orang mungkin akan hilang. Kalau kita cuma ingat tentang kesenangan diri dan bukannya kepentingan agama, bangsa dan tanah air, maka tiada sebab bagi rakyat untuk mengundi kita," katanya ketika berucap dalam Himpunan Anak Kedah di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob.

Antara ketua bahagian UMNO Kedah yang hadir ialah Datuk Johari Baharom (Kubang Pasu), Datuk Abu Hasan Sarif (Jerlun), Datuk Ahmad Lebai Sudin (Pokok Sena), Datuk Latt Shariman Abdullah (Kuala Kedah), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Merbok) dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Program itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 4,000 anak Kedah yang kini menetap di sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menambah, BN hendaklah memenangi lebih banyak kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia bagi mengekalkan majoriti di Dewan Rakyat.

Menurut beliau, pertambahan kerusi diperlukan bagi menampung kehilangan beberapa kawasan Parlimen yang diramalkan berlaku di Sabah dan Sarawak.

Dr. Mahathir juga meminta BN Kedah bekerja keras agar negeri itu dapat menyumbang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

Sementara itu, Dr. Mahathir memberitahu, sebuah loji penapisan minyak dan jeti bakal didirikan di Jerlun oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary apabila negeri itu kembali ke pangkuan BN.

Menurut beliau, projek lain yang dirancang di kawasan utara Kedah termasuk saluran paip minyak hingga ke Songkhla, Thailand, mewujudkan kawasan industri getah dan industri pembuatan komponen kereta.

"Syed Mokhtar berminat membangunkan Kedah. Kalau kita tengok bangunan-bangunan di Alor Setar, kita tahu Syed Mokhtar ada kebolehan.

"Namun, kita perlu tentukan BN menang di Kedah terlebih dahulu supaya negeri itu dapat pemerintah yang boleh mentadbir dengan baik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.