VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PILIHAN RAYA

ARKIB : 21/02/2013

BN boleh menang dua pertiga - Abdullah

KEPALA BATAS 20 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh kemenangan dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memiliki senarai yang dikategorikan sebagai calon boleh menang yang akan menentukan masa depan BN.

“Sekarang ini semua bahagian dalam parti komponen BN sudah menyerahkan senarai calon mereka kepada Perdana Menteri dan terpulang kepada beliau selaku Presiden BN untuk memilih mereka yang paling layak.

“Malah, kalau UMNO nak letakkan muka baru atau ulama sekalipun, semua pihak harus terima asalkan mereka boleh membawa kemenangan kepada BN dalam PRU-13," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar tingkatan enam daripada lapan buah sekolah di daerah Seberang Perai Utara di sini hari ini.

Tambah Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, beliau juga menyokong hasrat Badan Perhubungan UMNO negeri meletakkan kira-kira 50 peratus muka baharu dalam pilihan raya umum akan datang.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.