VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 22/07/2013

Jamboree pupuk minat murid dalami pelancongan

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Mohd. Rawi Abdul Hamid (tengah) bergambar bersama pelajar yang menyertai Jamboree Kelab Pelancongan Pelajar 2013 di Kampung Tradisional Gunung Keriang, Kedah baru baru ini.

Seramai 200 pelajar daripada 35 buah sekolah mengikuti program Jamboree Kelab Pelancongan 2013 anjuran Tourism Malaysia Kedah di Kampung Tradisional Gunung Keriang baru-baru ini.

Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman berkata, program itu yang turut mendapat kerjasama Aktivis Kelab Pelancongan bertujuan mendedahkan pelajar kepada isu-isu semasa serta peluang kerjaya dalam industri pelancongan.

"Melalui program ini pihak kami dapat melahirkan generasi berilmu di samping menerapkan budaya Think Tourism di kalangan pelajar.

"Program ini juga diadakan khusus untuk pelajar-pelajar Kelab Pelancongan bagi sekolah-sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia," katanya ketika ditemui di Gunung Keriang, Kedah baru-baru ini.

Katanya, sepanjang program tersebut pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pelancongan agar minat mereka dalam bidang itu dapat dipupuk.

"Kami mahu para pelajar ini menjadi duta kecil negeri Kedah dan kami mahu mereka mempunyai semangat cintakan keunikan negeri ini.

"Program-program seperti ini akan diteruskan pada masa depan kerana kita mahu mendidik generasi muda agar menghargai warisan budaya negeri sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pelajar yang mengikuti program tersebut, Mohd. Azim Nazri, 15 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Kuala Nerang berkata, dia gembira apabila terpilih untuk menyertai jamboree tersebut yang diadakan di Kampung Tradisional Gunung Keriang.

"Banyak ilmu mengenai pelancongan negeri Kedah saya dapat sewaktu di sini dan saya akan sebarkannya kepada kawan-kawan di sekolah nanti.

"Saya berharap program sebegini akan terus diadakan kerana kami boleh dapat banyak pengetahuan baharu mengenai negeri Kedah," jelasnya.

Rakannya daripada sekolah yang sama, Faris Ismadi Abd. Ghani, 15 pula berkata, dia tidak sangka jamboree yang disertainya itu memberi banyak pengetahuan mengenai bidang pelancongan.

"Sebelum ini saya ingat bidang pelancongan ini kecil tetapi bila dah didedahkan saya lihat banyak peluang kerjaya dalam bidang ini dan mungkin saya akan jadikan bidang ini sebagai kerjaya saya nanti," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.