VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 25/03/2013

SPM: 200 pelajar MRSM Tun Ghafar Baba dapat semua A

MAKTAB Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba dekat Jasin, Melaka mengungguli keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 sekali gus mendahului 48 MRSM di seluruh negara.

MRSM Tun Ghafar Baba yang mendaftar seramai 438 calon dalam SPM tahun lalu, menduduki tempat pertama dengan mencatatkan gred purata 1.039 sekali gus mengekalkan pencapaian sama pada SPM 2011.

Yang Dipertua Muafakat MRSM Tun Ghafar Baba, Datuk Dr. Baba Md. Deni berkata, daripada 438 calon yang menduduki peperiksaan tersebut, 200 pelajar berjaya memperolehi gred A+, A atau A- dalam semua mata pelajaran,

Ujar beliau, pada keputusan SPM kali ini juga mencatatkan pertambahan pelajar memperoleh gred A+ iaitu seramai sembilan orang berbanding lapan orang pada SPM 2011.

“Ada tiga faktor menyumbang kepada kecemerlangan ini iaitu usaha keras tenaga pengajar yang komited dan berpengalaman tanpa menghiraukan masa rehat mereka sendiri sehingga ada dalam kalangan guru ini menyediakan kelas tambahan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Faktor lain termasuklah kerja keras pelajar sendiri, kerjasama ibu bapa termasuk penglibatan Muafakat bagi memastikan MRSM Tun Ghafar Baba dapat mengekalkan pencapaian cemerlang dalam SPM lalu", katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Selain itu, katanya, MRSM Tun Ghafar Baba menganjurkan pelbagai program pengajaran dan pembelajaran agar proses pendidikan lebih berkesan.

Pada masa yang sama, ujarnya, pelajar didedahkan dengan suasana persekitaran institusi pengajian yang terbaik, terlibat dengan bidang kokurikulum dan khidmat masyarakat seperti yang dipraktikkan oleh universiti terkenal di luar negara.

“Sebagai motivasi dan meningkatkan semangat pelajar untuk bersaing, pihaknya menganjurkan lawatan ke universiti luar negara dengan syarat pencapaian gred mereka harus melebihi gred 3.5 mata", ujarnya.

Beliau berkata, bagi memastikan MRSM Tun Ghafar Baba dapat mengekalkan pencapaian terbaiknya, mana-mana pelajar yang mendapat keputusan bawah gred 3.0 mata akan mengikuti kelas tambahan pada cuti hujung minggu dalam usaha membantu pelajar membaiki kelemahan pada satu-satu mata pelajaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.