VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 16/12/2012

Honda bantu 100 pelajar capai cita-cita dalam lima tahun

sEBELAS pelajar gembira menerima biasiswa 'Honda Dreams Funds' daripada syarikat pemotoran Honda Malaysia, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Honda Malaysia berjaya menaja 100 pelajar untuk mengejar cita-cita dalam bidang yang diminati melalui 'Honda Dreams Fund' sejak 2007 hingga 2011.

Ketua Hubungan Awam Honda Malaysia, Jordhatt Johan berkata, dana itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat terbabit dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) untuk membantu pelajar kurang bernasib baik.

"Berbeza dengan program biasiswa lain, Honda Malaysia lebih menekankan latar belakang pelajar yang susah dan semangat mereka untuk mencapai cita-cita tanpa perlu mempunyai keputusan peperiksaan cemerlang.

"Penerima biasiswa kami tidak terikat dengan Honda Malaysia dan mereka boleh memilih apa sahaja bidang dan institusi pilihan sendiri," katanya dalam taklimat mengenai program biasiswa 'Honda Dreams Funds' di sini hari ini.

Tambah beliau, antara syarat penerima biasiswa adalah berumur antara 17 hingga 24 tahun, rakyat Malaysia, pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500, tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan purata gred B serta tidak memegang biasiswa lain.

"Tahun 2011 merupakan tahun terakhir program biasiswa tersebut kerana Honda Malaysia sedang merangka program baharu bagi CSR kami.

"Honda Malaysia berpuas hati dengan pencapaian para pelajar tajaan kami yang telah mencapai cita-cita mereka dan berharap mereka akan menyumbang kembali kepada masyarakat pada masa hadapan," jelasnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.