ARKIB : 12/11/2012
SK Sena catat paling tinggi
KANGAR 11 Nov. - Penyertaan 150 murid dalam Pertandingan Buku Skrap Jawi membawa tuah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Kangar apabila mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan sekolah bagi pertandingan tersebut yang bermula sejak Mei hingga Julai lalu.
Berikutan kejayaan itu, SK Sena menerima hadiah RM1,000 dalam satu majlis yang diadakan sempena dengan hari anugerah cemerlang sekolah berkenaan di Dewan Kapitol di sini semalam.
SK Sena merupakan di antara 3,100 penyertaan yang diterima dari sekolah rendah bagi pertandingan anjuran Utusan Melayu Mingguan yang ditaja oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) itu sejak ia diadakan Mei lalu.
Hadiah tersebut diserahkan oleh Pengerusi Perhubungan Angkasa Negeri Perlis, Ismail Hashim kepada Guru Besar SK Sena, Roslan Yatim dengan disaksikan oleh Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusoff.
Menurut Roslan, SK Sena sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja program yang dapat mendidik atau membina kecemerlangan murid termasuk Pertandingan Buku Skrap Jawi.
Kata beliau, pertandingan tersebut dapat mendedahkan kepada murid mengenai penulisan jawi yang suatu ketika dahulu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat di negara ini terutama orang Melayu.
Setiap rumah ada wakil ke universiti
Dabong lebih besar daripada Perlis
Aktiviti cat gerabak pengangkutan murid
Seri Puteri johan Wind Orchestra Sekolah Berasramah Penuh
204 calon UPSR sertai program kecemerlangan kelolaan SMP, Utusan
Johor juara keseluruhan
Teruja perpustakaan 'manusia'
Buku kanak-kanak harumkan negara
Pil tablet pintar bantu tingkat prestasi akademik
Membaca jana pemikiran murid
Raih pingat emas di Turki
Martabatkan sastera kanak-kanak
Khidmat eKelas Maxis galak pembelajaran kreatif
Kelab 1Malaysia perkasa semangat patriotik murid
Pendidikan keluarga kekuatan AKRAB
Cadang hapus jaminan jawatan
200 murid sertai program kecemerlangan akademik, motivasi
Lonjak prestasi akademik
Rembau pilih SMP-Utusan Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










