ARKIB : 17/09/2012
Program RIMUP pupuk sahsiah, perpaduan murid pelbagai kaum
SERAMAI 210 orang murid dari daerah Johor Bahru berjaya melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang menggalakkan penyertaan para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru, Ahmad Taufik Hamzah berkata, program berbentuk sambutan kemerdekaan dan jamuan Aidilfitri yang melibatkan 12 sekolah serta 20 guru itu turut menggalakkan penglibatan masyarakat setempat.
"Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, bersemangat muhibah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis itu di perkarangan Pejabat PPD Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor Abd. Ghani selaku tetamu kehormat dan program itu dirasmikan oleh PPD Johor Bahru, Bahrom Ali.
Pelbagai aktiviti diadakan pada program itu seperti senam robik, larian kemerdekaan, permainan sukan tradisional, tayangan video dan ceramah kemerdekaan.
Turut diadakan adalah pertunjukan tarian Akustika Raya, persembahan pertuturan berirama, koir-koir patriotik dan percikan bunga api.
Secara keseluruhannya, kata Ahmad Taufik, program tersebut dapat merealisasikan objektifnya dalam memupuk sahsiah dan perpaduan di kalangan murid daripada pelbagai kaum.
Menurutnya, ini kerana RIMUP turut menanamkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang serta melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
19 murid Orang Asli sertai perkhemahan
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









