ARKIB : 13/08/2012
Susu 1Malaysia selamat diminum
Pengurus Hal Ehwal Korporat Dutch Lady Malaysia, Mohd. Afizi Mohd. Ross berkata, antara tujuan utama pelaksanaan program itu adalah untuk melahirkan generasi baru negara yang lebih kuat, tegap dan cerdas.
Menurutnya, di bawah program itu, pihaknya sudah mengedarkan 15.34 juta peka susu kepada 1,353 buah sekolah membabitkan seramai 295,738 murid di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.
"Pihak kami akan terus mempergiatkan bantuan kepada semua murid sekolah di seluruh Malaysia bagi menyemarakkan program kesedaran mengenai kepentingan susu yang menjadi asas kepada tumbesaran kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan sesi taklimat PS1M bagi tahun 2012 dan majlis berbuka puasa bersama media di Carcosa Seri Negara baru-baru ini.
Hadir sama wakil-wakil syarikat susu dari Sabah International Dairies Sdn. Bhd. (SiD), Konsuma Sdn. Bhd. dan Hybrid Allied Sdn. Bhd. yang merupakan pembekal susu di bawah skim PS1M yang dilantik Kementerian Pelajaran, selain Dutch Lady.
Turut hadir wakil dari syarikat pemprosesan dan pembungkusan makanan utama, Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd. yang menjalin kerjasama dengan pembekal-pembekal tersebut.
Bagi syarikat pembekal susu SiD membabitkan 3,392 buah sekolah dengan seramai 580,306 pelajar di kawasan Sabah, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Konsuma pula membekalkan sebanyak 22.72 juta pek susu di 1,409 buah sekolah melibatkan 272,289 pelajar di kawasan Johor dan Pahang.
Hybrid Allied mengedarkan 18.94 juta pek susu bagi kawasan Perak, Perlis dan Kedah melibatkan 1,465 buah sekolah dengan bilangan pelajar seramai 288,865 orang.
Menurut Mohd. Afizi, bekalan susu PS1M sudah bermula Mac lalu dan melalui pemerhatian yang dijalankan sebelum ini berlakunya simptom lactose intolerance atau masalah pengambilan diet menyebabkan berlakunya cirit-birit.
"Ada sesetengah kumpulan murid yang tidak bersarapan (perut kosong) dan minum susu selepas mengambil makanan yang pedas dan berminyak, sama ada mereka ini tidak pernah didedahkan untuk minum susu atau jarang mengambilnya.
"Program ini perlu diteruskan memandangkan ia membantu pelajar untuk lebih matang dalam cara pengambilan susu yang betul," katanya.
Pada masa depan, kata beliau, pihaknya akan menjalankan penyelidikan terhadap keberkesanan susu terhadap murid dari semasa ke semasa bagi menambah baik pelaksanaan program tersebut.
Katanya, kempen nutrisi kepada doktor muda mengenai kebaikan susu turut digerakkan dengan melantik golongan doktor muda sebagai duta kecil bagi kempen tersebut selain melaksanakan kempen interaktif dikenali 'Cabaran Kitar Kreatif'.
19 murid Orang Asli sertai perkhemahan
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Mural patriotik untuk Wira Lahad Datu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









