ARKIB : 30/07/2012
Hari Koperasi dedah murid ilmu keusahawanan
BAGI mendedahkan pelajar dengan bidang keusahawanan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching menganjurkan Hari Koperasi Sekolah di pekarangan Pasar Raya Besar Tesco Semenyih, Selangor, baru-baru ini.
Menurut Pengetua SMK Bandar Rinching, Zaliha Abd. Wahid, penganjuran Hari Koperasi Sekolah diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf usaha koperator dan aktiviti keusahawanan yang diadakan di samping mahu memupuk minat berniaga di kalangan pelajar sekolah.
"Objektif program ialah untuk memupuk minat berniaga dalam kalangan pelajar, memberi latihan dan peluang kepada pelajar untuk aktif dalam bidang keusahawanan, merapatkan hubungan antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta menambah sumber kewangan koperasi sekolah melalui aktiviti perniagaan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Acara Hari Koperasi Sekolah yang buat pertama kalinya diadakan di luar kawasan sekolah itu melibatkan semua warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Rinching dan komuniti setempat.
Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Rinching, Datuk Jabar Che Nai berkata, pihaknya telah mengadakan program Makan Malam Amal Semekar 2012 di sekolah berkenaan baru-baru ini yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz.
"Ia diadakan dengan matlamat untuk melahirkan semangat kerjasama antara warga sekolah, memberi keyakinan dan peluang kepada pelajar untuk menampilkan bakat masing-masing, merapatkan hubungan ibu bapa dan masyarakat dengan pihak sekolah," jelasnya.
Kata Jabar, ia juga bertujuan mendapatkan sumber kewangan bagi pembangunan dan aktiviti sekolah pada masa depan.
''Hasil daripada jualan meja pada malam tersebut melepasi sasaran dengan mencapai RM26,000 dan keuntungan bersih yang berjaya diperoleh pada malam tersebut kira-kira RM16,518," katanya.
Pemantapan sahsiah remaja
19 murid Orang Asli sertai perkhemahan
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









