ARKIB : 20/07/2012
Pertingkat taraf guru Kemas
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek berkata, langkah itu diambil untuk meningkatkan taraf profesionalisme golongan tersebut.
"Sehingga kini, bilangan pelajar di bawah tajaan Kemas yang masih mengikuti pengajian di bawah kendalian Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah seramai 2,429 orang.
"Kesemua mereka kini masih lagi menyandang jawatan Gred N11 dan N17 yang berkelayakan hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Habis sahaja pengajian dalam diploma ini, mereka akan dinaikkan jawatan kepada Gred S27," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kemas Negeri Pahang, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kemas, Amiruddin Ariffin dan Pengarah Kemas negeri, Halimah Ton Mansor.
Menurut beliau, seramai 800 guru tadika Kemas akan ditawarkan untuk mengikuti program Diploma Perguruan Prasekolah yang akan memulakan pengajian pada November ini.
"Semua ini adalah usaha kerajaan yang menyasarkan kesemua guru tadika Kemas di seluruh negara akan memiliki diploma menjelang 2015," katanya.
Sementara itu, katanya, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, seramai 1,634 guru tadika Kemas berkelulusan diploma pelbagai bidang telah mengikuti Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dilaksanakan secara kursus jangka pendek sejak 2010.
"Mereka ini akan menjalani kursus selama tiga bulan kerana sebelum ini diploma mereka tidak berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Jadi, dengan adanya kursus ini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu pengajaran mereka," katanya.
Sehingga pertengahan tahun ini, sebanyak 10,781 buah tadika Kemas telah dibuka dengan jumlah kanak-kanak adalah seramai 212,454 orang di seluruh negara.
Setiap rumah ada wakil ke universiti
Dabong lebih besar daripada Perlis
Aktiviti cat gerabak pengangkutan murid
Seri Puteri johan Wind Orchestra Sekolah Berasramah Penuh
204 calon UPSR sertai program kecemerlangan kelolaan SMP, Utusan
Johor juara keseluruhan
Teruja perpustakaan 'manusia'
Buku kanak-kanak harumkan negara
Pil tablet pintar bantu tingkat prestasi akademik
Membaca jana pemikiran murid
Raih pingat emas di Turki
Martabatkan sastera kanak-kanak
Khidmat eKelas Maxis galak pembelajaran kreatif
Kelab 1Malaysia perkasa semangat patriotik murid
Pendidikan keluarga kekuatan AKRAB
Cadang hapus jaminan jawatan
200 murid sertai program kecemerlangan akademik, motivasi
Lonjak prestasi akademik
Rembau pilih SMP-Utusan Malaysia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










