ARKIB : 09/07/2012
SMK Keat Hwa juara pancaragam
KUALA TERENGGANU 8 Julai - Persembahan kreatif kumpulan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keat Hwa, Kedah berjaya memukau penonton sekali gus membolehkan pasukan itu dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pancaragam Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2012.
SMK Keat Hwa muncul johan selepas mengalahkan tujuh sekolah dalam kategori Piala Menteri Pelajaran Malaysia dengan markah 84.45 peratus pada pertandingan yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, yang berakhir semalam.
Pertandingan yang masuk edisi ke-18 itu turut menyaksikan SMK St. John, Kuala Lumpur menduduki tempat kedua dengan markah 80.15 peratus dan ketiga, SMK Victoria, Kuala Lumpur (79.65 peratus).
Pasukan yang terdiri daripada 119 peserta itu turut meraih empat lagi anugerah lain iaitu Warna Pasukan Terbaik, Percussion Terbaik, Peralatan Muzik Terbaik dan Kesan Umum Terbaik.
Ketua Pasukan Pancaragam SMK Keat Hwa, Ang Jia Wei berkata, dia dan pasukannya amat gembira kerana berjaya memastikan Kedah mempertahankan kejuaraan tersebut.
Tahun lalu katanya, pasukan SMK Sultanah Asma dari negeri itu muncul juara manakala sebuah kumpulan lagi, Kolej Sultan Abdul Hamid di tempat ketiga.
"Ini merupakan ganjaran hasil disiplin anggota pasukan dan kem latihan yang diadakan seawal dua bulan untuk melatih anggota pancaragam yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima.
"Pengorbanan masa yang dihabiskan di sekolah setiap hujung minggu oleh pelajar, guru dan jurulatih ini akhirnya membuahkan hasil," katanya kepada pemberita semalam.
Bagi kategori Piala Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia, johan disandang kumpulan pancaragam SMK Perlis, Perlis dengan pungutan markah 60.95 peratus menewaskan empat pesaing.
Naib johan diungguli pasukan SMK Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Selangor dengan pungutan markah 55.7 peratus dan tempat ketiga, SMK Derma, Perlis dengan 54.05 peratus.
Bagi kategori Drum Major Terbaik dan Konduktor Terbaik dibolot peserta pasukan SMK Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah iaitu Muhamad Fadil Yasin dan Haneesa Abdullah.
Hadiah kepada para pemenang disampaikan Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Mohd. Zin dan Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran, Mohd. Rashid Mean.
Pemantapan sahsiah remaja
19 murid Orang Asli sertai perkhemahan
Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah
240 guru prasekolah swasta, JAIM terima sijil tamat latihan
Pinjaman menarik warga pendidik
1Teachers Card bantu guru berjimat sambil menyumbang
Lebih 20,000 guru terlibat pelaksanaan JQaf termasuk di SJK Cina dan Tamil
Cabaran belajar sambil kerja
Ingati jasa guru seumur hidup
Hari Guru disambut meriah
AKRAB sentiasa mekar
Iktiraf guru dalam perkhidmatan
Alat tulis berkualiti penuhi keperluan guru, murid
YPC komited bantu tingkat mutu pendidikan
Sekolah Angkat YPT lahir 803 pelajar cemerlang 2012
Pembelajaran lebih berkesan
Terap budaya integriti dalam P&P
Karisma cungkil potensi murid
Biasiswa Mahathir bantu pelajar miskin
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









