VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PEMOTORAN

ARKIB : 11/11/2013

Toyota Vios semakin menyerlah

Toyota Vios menawarkan lebih banyak varian kepada peminatnya di negara ini.

CIRI pertama yang menjadi perbezaan ketara pada Toyota Vios terbaharu ini ialah segala instrumen meter tidak lagi terletak di tengah-tengah papan pemuka, sebaliknya ‘dikembalikan’ ke kedudukan konvensional iaitu di hadapan pemandu.

Menurut UMW Toyota Motors, perubahan tersebut adalah hasil maklum balas pelanggan-pelanggan Toyota Vios sedia ada, iaitu suatu kaedah yang diamalkan oleh syarikat tersebut bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Direka dengan gaya sporty yang menggabungkan tiga buah meter, speedometer merupakan terbesar dan diletakkan di tengah-tengah.

Di dalam speedometer bagi varian 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G terdapat Paparan Pelbagai Maklumat (MID) yang memaparkan jam, odometer/tripmeter, kedudukan gear, purata kelajuan sejak mula, penggunaan bahan api semasa, purata penggunaan bahan api dan jarak pemanduan. Bagi membantu pemandu mencapai tahap ekonomi, lampu ECO (bagi varian transimisi automatik sahaja) akan bernyala apabila kereta dipandu secara cekap bahan api.

Toyota Vios menerapkan penggayaan baru yang lebih jitu, teknologi automotif maju dan ciri-ciri yang dipertingkatkan bagi semua varian, menawarkan kepada pelanggan nilai pemilikan dan kepuasan yang lebih tinggi.

Bagi mencapai kos bahan api yang cekap, jurutera Toyota menumpukan kepada penurunan berat keseluruhan badan kereta tanpa menjejaskan keteguhan dan ketegaran badan.

Pendekatan yang digunakan ialah menggunakan lebih banyak besi tegangan tinggi (high-tensile) yang lebih ringan tetapi tetap teguh. Dibandingkan dengan generasi Vios terdahulu, bilangan besi tegangan tinggi yang lebih mahal telah dinaikkan daripada 47 peratus kepada 56 peratus. Ini membolehkan pengurangan berat (berbanding model sebelumnya) antara 10 kilogram (kg) dan 30 kg, mengikut varian.

Instrumen meter dikembalikan ke tempat asal di bahagian pemandu.

Enjin yang diguna pada Vios ialah enjin sama pada generasi sebelum ini tetapi telah dipertingkatkan iaitu 1NZ-FE 1.5-liter 4-silinder aluminium DOHC 16-injap dengan suntikan bahan api elektroni (EFI) bersama teknologi VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence) yang menambah prestasi, kecekapan bahan api serta pengeluaran asap pada ekzos yang lebih bersih.

Sesuai dengan hakikat enjin tersebut yang telah terbukti dipercayai dan tahan lasak, tumpuan diberikan terhadap kecekapan bahan api yang dicapai menerusi pengurangan berat keseluruhan enjin.

Satu daripada kaedahnya ialah mereka bentuk semula bahagian pembersih udara dan bahagian berkaitan. Bagi transmisi 4 kelajuan automatik dan 5 kelajuan manual, pelbagai komponen telah direka bentuk semula menjadi lebih ringan atau lebih padat, sekali gus mengurangkan berat.

Penurunan berat pada enjin dan badan serta bentuk lebih aerodinamik, Vios mencapai 5 peratus penambahbaikan dari segi penjimatan bahan api berbanding model terdahulu. Fakta ini tentunya dihargai ketika harga minyak meningkat pada masa ini.

Walaupun Vios baharu ini lebih ekonomi, perwatakan prestasinya tidak terjejas dengan output kuasa maksimumnya kekal 80 kW (109 ps) pada 6,000 rpm dan kuasa kilas sebanyak 141 Nm pada 4,200 rpm.

Sejak 2003, Toyota Vios dipasang di Malaysia, di kemudahan pemasangan milik UMW Toyota Motor, Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) Shah Alam. Sebanyak RM600 juta dilaburkan bagi projek Vios, antaranya untuk mendapatkan peralatan teknologi tinggi serta melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pengeluaran secara keseluruhannya.

UMW Toyota Motor merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan bukan nasional yang mempunyai kemudahan body stamping kenderaan lengkap di Malaysia. Ini membolehkan UMW Toyota Motor meningkatkan kandungan tempatan daripada 15 peratus pada 2003, kepada hampir 50 peratus dalam versi Vios terbaru ini.

Toyota Vios menawarkan pakej menarik, dengan alur rekaan dinamik bagi reka bentuk luaran, kabin yang lebih luas dengan ruang dalaman diberi sentuhan rekaan serba baru. Vios dilengkapi juga dengan spesifikasi yang dipertingkat, seperti sistem masukan pintar dengan butang penghidup enjin (Smart Entry & Push Start Button), lampu utama projektor, akustik penghadang angin, paras lampu utama berperingkat serta ciri-ciri keselamatan yang mencerminkan komitmen Toyota untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pada masa sama mengekalkan kedudukan Vios sebagai model Toyota paling popular di Malaysia.

Paling istimewa, Toyota mengumumkan tiada kenaikan harga bagi varian terlaris, Vios 1.5J dan hanya melakukan penyelarasan minimal dilakukan bagi varian-varian lain (Vios TRD Sportivo, 1.5G dan 1.5E). Harga atas jalan bagi Vios termasuk insurans bermula RM73,200 hingga RM93,200 bagi varian dengan spesifikasi lengkap.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.