VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PEMOTORAN

ARKIB : 27/08/2012

Boon Siew lancar CBR1000RR, CRF250L baru

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Boon Siew Honda (Boon Siew) memperkenalkan dua buah motosikal berkuasa tinggi baru, Super Sports CBR1000RR dan motosikal lasak CRF250L dengan rekaan lebih moden serta menarik.

Boon Siew dalam kenyataannya berkata, CBR1000RR direka untuk pengendalian tepat, sesuai di litar lumba dan tunggangan harian, manakala CRF250L menawarkan tunggangan hebat di atas jalan raya dan keseronokan di laluan sukar.

"Tawaran berkembar ini akan mampu memenuhi kehendak peminat motosikal yang memiliki profail berbeza. Satu tawaran motosikal untuk kegunaan lasak dan kasar, manakala satu lagi motosikal menawarkan kualiti kawalan sepenuhnya.

"Kedua-dua model ini dibina atas teras merealisasikan impian penunggang," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada.

CBR1000RR baru direka untuk peminat tegar motosikal yang mahu menunggang pada kelajuan tinggi dengan kawalan maksimum dan menggabungkan prinsip-prinsip dimensi kompak serta kerangka yang ringan.

Motosikal ini mengekalkan enjin empat lejang DOHC empat silinder inline berkuasa 999 cc bersama sistem penyejuk cecair yang penuh kuasa, penetapan suntikan bahan api PGM-DSFI baru.

Kerangka aluminium dengan imbangan ketegaran optimum yang terdiri daripada empat bahagian pada CBR1000RR baru mengimbangi aspek kekuatan, ketegaran dan ringan yang sememangnya diperlukan bagi menawarkan kualiti pengendalian terbaik serta nisbah kuasa kepada berat yang ideal.

CBR1000RR boleh didapati dalam warna putih mutiara pada harga RM96,500 dan warna merah victory dan grafit hitam pada harga RM95,900.

Para pelanggan juga boleh memilih varian CBR1000RR C-ABS baru yang dilengkapi sistem kawalan elektronik ciptaan Honda iaitu sistem brek Combined Anti-Lock Brake System pada harga RM107,600 untuk warna putih mutiara dan RM107,000 untuk warna merah victory dan grafit hitam.

Sementara itu, CRF250L baru merupakan imej kepada kelasakan dengan gabungan elemen ringan, lincah dan memiliki reka bentuk yang ergonomik.

Ia dilengkapi casis kerangka besi buaian separuh berkembar yang tegar dan kukuh yang diperlukan untuk tunggangan di laluan off-road.

Model ini menggunakan enjin DOHC silinder tunggal berkuasa 250cc bersama sistem penyejuk cecair yang baru dibangunkan.

Enjin itu mampu menjana kuasa tork yang konsisten pada putaran enjin (rpm) rendah, di samping prestasi mengagumkan pada rpm tinggi. Ini menjadikan penjanaan kuasa lebih seimbang.

CRF250L baru dilengkapi dengan gear enam kelajuan dan klac yang direka untuk menghadapi tekanan tambahan ketika menunggang di jalan off-road.

Motosikal ini boleh didapati pada akhir bulan Ogos dalam warna merah pada harga RM22,688.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.