ARKIB : 06/08/2012
SMA lancar SX4 Sport Crossover baru
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) telah melancarkan SX4 Sport Crossover versi terbaru dengan penambahan ciri-ciri keselamatan dan rekaan luaran.
Kereta dengan kapasiti enjin 1.6 liter VVT berkenaan dijual pada harga RM91,888 bagi varian standard dan RM96,888 bagi varian primier termasuk insurans.
SX4 Sport Crossover menampilkan rekan bentuk bumper hadapan serba baru yang lebih sporty, gril hadapan baru dengan kesan warna perak dan rim bersaiz 16 inci.
Bagi kemasan dalaman pula Suzuki telah memberi sedikit perubahan pada panel di bahagian tengah papan pemuka dan penggunaan fabrik baru bagi kerusi serta kemasan pada pintu.
Bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan SX4 Sport Crossover, Suzuki telah menambah sistem kawalan brek yang berfungsi memberhentikan kenderaan apabila pedal kelajuan tersekat.
SX4 Sport Crossover didatangkan dalam lima warna pilihan iaitu sunlight copper, putih salji, perak star, hitam super dan kelabu mineral.
Pengarah Urusan SMA, Keeichi Suzuki, berkata, model berkenaan merupakan antara model crossover paling popular di Malaysia dan dengan pelancaran versi baru, model berkenaan akan terus kukuh di pasaran.
"SX4 Sport Crossover sesuai untuk mereka yang menginginkan kenderaan yang memenuhi keperluan aktiviti luar tetapi tidak terlalu besar," katanya semasa pelancaran kereta baru berkenaan baru-baru ini.
ETCM anjur bengkel khas buat pemilik Nissan
BMW lancar Z4 sDrive20i
Suzuki Swift CKD RM65,888
Veloster, reka bentuk futuristik
Twizy pencabar baharu kereta elektrik
Land Rover lancar Range Rover baharu
Honda sasar jualan Civic Hibrid lebih tinggi
Nissan lancar kereta elektrik Leaf tahun ini
Peugeot 208 miliki tarikan untuk peminat kereta kecil
Tan Chong lancar bas sendiri
Livina X-Gear kecil tetapi luas
Tan Chong anjur '4x4 adventure'
VCM tawar pilihan R-Design, Polestar
Nasim lancar Peugeot 208
Nissan Murano kekalkan prestij
Federal Auto rancang bawa semula MG
Golf Mk7 simbol teknologi VW
Hyundai tingkat jualan trak
Revo mudahkan pergerakan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









