ARKIB : 06/08/2012
Nissan Livina X-Gear kereta keluarga paling bernilai
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Nissan Livina X-Gear terpilih sebagai 'Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang' pada anugerah Asian Auto Allianz Auto Industry Awards 2012 kali kelima, mengatasi pencabar-pencabar yang lain.
Pengedar jenama Nissan, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) dalam satu kenyataan berkata, penganugerahan itu berdasarkan penyenaraian beberapa jenama dan jenis kenderaan oleh Asian Auto, yang merupakan antara kayu pengukur utama industri automotif tempatan.
Ketua Editor Asian Auto, Daniel Fernandez berkata, kenderaan yang tersenarai itu dipandu uji dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
Katanya, kategori 'Kereta Keluarga Paling Bernilai Untuk Wang' merupakan antara segmen terpenting kerana ia bersesuaian kepada golongan kelas pertengahan di Malaysia untuk dijadikan kereta pertama atau kedua di dalam garaj mereka.
"Kami menilai harga jualan semua kenderaan yang dipilih, di samping melihat kepada ciri-ciri yang mesra keluarga, mudah dipandu, menjimatkan minyak, jaminan, perkhidmatan selepas jualan dan kemungkinan nilai jualan semula.
"Livina X-Gear memiliki semua kualiti ini, selain pemilikan menenangkan fikiran yang ditawarkan oleh Nissan," kata Daniel.
Mitsubishi lancar ASX baharu
Nissan panggil balik 841,000 kenderaan
Kereta MINI akan dipasang di Malaysia
TEC yakin jual 20 kenderaan Isuzu D-Max
Wanita perlu cuba Touareg TDI
ETCM anjur bengkel khas buat pemilik Nissan
BMW lancar Z4 sDrive20i
Suzuki Swift CKD RM65,888
Veloster, reka bentuk futuristik
Twizy pencabar baharu kereta elektrik
Land Rover lancar Range Rover baharu
Honda sasar jualan Civic Hibrid lebih tinggi
Nissan lancar kereta elektrik Leaf tahun ini
Peugeot 208 miliki tarikan untuk peminat kereta kecil
Tan Chong lancar bas sendiri
Livina X-Gear kecil tetapi luas
Tan Chong anjur '4x4 adventure'
VCM tawar pilihan R-Design, Polestar
Nasim lancar Peugeot 208
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









