ARKIB : 06/08/2012
Kelas tersendiri ML350 generasi ketiga
Memiliki kenderaan utiliti sukan (SUV) dilihat masih belum menjadi trend di kalangan pengguna tempatan berbanding mereka yang memiliki kereta sedan.
Dengan saiz lebih besar serta harganya yang lebih mahal merupakan antara punca mengapa SUV kurang diminati di sini.
Walaupun jumlahnya di atas jalan raya kurang berbanding kereta sedan namun SUV mempunyai peminatnya sendiri.
Sehubungan itu, ia tidak menghalang Mercedes untuk sekali lagi mempertaruhkan SUV atau M-Class generasi ketiga, Mercedes-Benz ML350 4Matic BlueEfficiency (kod W166) ke negara ini.
Penulis yang berpeluang memandu SUV ini merasakan sangat selesa dipandu dan tidak begitu berat walaupun bersaiz besar.
Apa yang menarik tentang model M-Class yang akan memasuki pasaran Malaysia bulan ini ialah ia memberi penekanan terhadap teknologi berkaitan keselamatan dan keselesaan penumpang.
Paling ketara, SUV generasi ketiga ini menampilkan stereng elektronik berdasarkan pemanduan semasa yang menyaksikan gegaran di stereng sebagai tanda amaran ketika kenderaan yang dipandu penulis berada di luar garisan pemanduan.
Malah kenderaan ini stabil dan seimbang semasa berada di selekoh tajam dan ini sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada pemandu terhadap keupayaan SUV ini ketika mengambil selekoh tajam
Kenderaan yang turut dilengkapi dengan teknologi yang boleh disesuaikan dengan laluan off-road (jalan tidak bertar) dengan menampilkan teknologi kelajuan penurunan bukit (DSR) turut memudahkan pemandu mengawalnya
Bagaimanapun, reka bentuk luarannya sedikit membosankan dan tidak banyak beza berbanding generasi pertama dan kedua.
Namun, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan model M-Class sejak 1997, mereka dapat mencari perbezaan iaitu generasi ketiga dilihat lebih sporty terutama pada lampu hadapan dan bahagian belakang.
Apabila berada di dalamnya, jelas SUV ini berada di dalam kelas tersendiri yang mengenengahkan ciri-ciri mewah dengan tempat duduk, sebahagian pintu dan stereng disaluti kemasan kulit. Malah, pemandu boleh membuka bumbung panorama untuk menikmati tiupan udara segar ketika memandu.
ML350 4Matic BlueEfficiency yang dipacu oleh transmisi automatik 7G-Tronic Plus tujuh kelajuan itu membolehkan SUV ini melakukan pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 7.6 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 235 km/j.
Manakala penggunaan petrol pada kadar 8.8 liter untuk 100 kilometer dianggap munasabah berdasarkan jenis kenderaan dan saiznya.
Menurut Mercedes, model ini dikatakan dapat melakukan penjimatan sehingga 25 peratus penggunaan petrol berbanding generasi sebelumnya.
Apabila kenderaan besar, sudah pasti butnya juga besar dan dengan keluasan 690 liter pemiliknya tidak menghadapi untuk mengisi beg dan barangan lain untuk dibawa pulang ke kampung.
Malah tempatan penyimpanan barang itu boleh diperbesarkan lagi sehingga 2,010 liter dengan melipatkan tempat duduk belakang.
Selain itu, tempat duduknya juga agak luas khususnya bagi penumpang Asia (ketinggian purata di bawah 180 sentimeter) sudah cukup selesa sama ada di bahagian belakang atau hadapan. Keluasan bagi penduduk belakang membolehkan penumpang menyilang kaki.
Seperti kenderaan mewah yang lain, ML350 4Matic BlueEfficiency dilengkapi dengan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), bantuan video mengundurkan kereta serta dilengkapi lapan beg udara.
Setelah meneliti daripada pelbagai aspek, mungkin mereka yang memandu kereta sedan yang inginkan perubahan pemanduan, inilah masanya meneliti semula sama ada ingin terus memandu kereta sedan atau beralih ke SUV.
Berdasarkan rekod, hampir 450 buah generasi pertama dan kedua model M-Class terjual di pasaran tempatan sejak diperkenalkan lebih 10 tahun lalu. Namun ia tidak menjejaskan keyakinan Mercedes untuk terus memperkenalkan M-Class ke sini.
Bagi peminat SUV, sudah pasti pengenalan ML350 4Matic BlueEfficiency hujung bulan ini amat ditunggu-tunggu.
Wanita perlu cuba Touareg TDI
ETCM anjur bengkel khas buat pemilik Nissan
BMW lancar Z4 sDrive20i
Suzuki Swift CKD RM65,888
Veloster, reka bentuk futuristik
Twizy pencabar baharu kereta elektrik
Land Rover lancar Range Rover baharu
Honda sasar jualan Civic Hibrid lebih tinggi
Nissan lancar kereta elektrik Leaf tahun ini
Peugeot 208 miliki tarikan untuk peminat kereta kecil
Tan Chong lancar bas sendiri
Livina X-Gear kecil tetapi luas
Tan Chong anjur '4x4 adventure'
VCM tawar pilihan R-Design, Polestar
Nasim lancar Peugeot 208
Nissan Murano kekalkan prestij
Federal Auto rancang bawa semula MG
Golf Mk7 simbol teknologi VW
Hyundai tingkat jualan trak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









