ARKIB : 23/07/2012
Renault-Nissan bina kilang RM512j di Korea Selatan
SEOUL 22 Julai - Pakatan Renault-Nissan akan melabur AS$160 juta (RM512 juta) untuk pengeluaran model Nissan di Korea Selatan dengan penganalisis berpendapat ia akan memberi manfaat daripada kelemahan mata wang won dan perjanjian dagangan bebas.
Unit di Korea Selatan yang diberi nama Renault-Samsung Motors itu terletak di selatan Busan akan mengeluarkan 80,000 buah Nissan crossover Rougue bermula 2014, menurut firma Perancis- Jepun itu dalam satu kenyataan.
''Menambah pengeluaran di Korea membuktikan komitmen dalam pakatan untuk membantu Renault Samsung Motors mencapai sasarannya bagi kos kompetitif dan pertumbuhan,'' kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pakatan Renault-Nissan, Carlos Ghosn.
Langkah itu dilakukan selepas Renault-Samsung mengalami kejatuhan jualan ekoran kekurangan model baru dan persaingan hebat daripada jenama dominan Korea Selatan, Kumpulan Hyundai-Kia serta jenama-jenama diimport.
Dalam tempoh enam bulan hingga Jun ia telah menjual 83,062 buah kereta jatuh 33 peratus berbanding tahun lalu.
Renault-Samsung telah menghentikan operasi kilangnya di Busan untuk beberapa hari sebulan sejak Disember kerana jualan yang tidak memberangsangkan.
Kilang itu mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 300,000 unit tetapi hanya mengeluarkan 73,810 buah kenderaan bagi enam bulan pertama tahun ini.
''Kenderaan sukan utiliti (SUV) Rogue yang dikeluarkan akan dieksport kepada Amerika Syarikat (AS) bermula 2014,'' kata jurucakap itu.
''Peningkatan produktiviti di kilang Busan akan membantu syarikat pulih,'' katanya.
Renault-Samsung mencatatkan kerugian bersih sebanyak 292 bilion won atau AS$256 juta (RM819 juta).
Penganalisis di NH Securities, Jeff Lee berkata, Renault-Nissan boleh menerima manfaat daripada perjanjian dagangan bebas (FTA) antara Korea Selatan dan AS.
''Ia boleh mengeluarkan kereta di Korea Selatan dan mengeksportnya ke AS dengan mengambil kesempatan terhadap tarif rendah,'' katanya.
Beliau menambah, pembuat kereta Jepun juga boleh menerima manfaat dari kelemahan won dan pengukuhan yen. - AFP
Suzuki Swift CKD RM65,888
Veloster, reka bentuk futuristik
Twizy pencabar baharu kereta elektrik
Land Rover lancar Range Rover baharu
Honda sasar jualan Civic Hibrid lebih tinggi
Nissan lancar kereta elektrik Leaf tahun ini
Peugeot 208 miliki tarikan untuk peminat kereta kecil
Tan Chong lancar bas sendiri
Livina X-Gear kecil tetapi luas
Tan Chong anjur '4x4 adventure'
VCM tawar pilihan R-Design, Polestar
Nasim lancar Peugeot 208
Nissan Murano kekalkan prestij
Federal Auto rancang bawa semula MG
Golf Mk7 simbol teknologi VW
Hyundai tingkat jualan trak
Revo mudahkan pergerakan
BMW HP4 untuk yang mementingkan kuasa
Spesifikasi premium jadi taruhan Rio
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









