ARKIB : 20/07/2012
Kia Rio terbaru di pasaran November ini
PETALING JAYA 19 Julai - Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia) akan melancarkan kereta segmen B terbaru, Rio menjelang November ini dengan harga anggaran antara RM70,000 dan RM80,000 sebuah.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar berkata, Rio merupakan antara model popular Kia di pasaran antarabangsa dan kemasukannya ke pasaran tempatan pasti memberi impak positif kepada Naza Kia.
Katanya, Naza Kia mempunyai dua model baru untuk dilancarkan tahun ini iaitu Rio dan Picanto tetapi Rio akan dilancarkan dahulu kerana permintaan pasaran terhadap segmen B ketika ini agak tinggi.
"Rio yang akan dilancarkan menggunakan enjin 1.4 liter. Kereta baru berkenaan akan dilengkapi pelbagai gajet terkini, kit badan dan bumbung panorama bagi menarik minat golongan muda.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah peraduan Kia Go-Xtra di sini hari ini.
Hafiz berkata, Rio baru itu akan menepati piawaian Euro 4 dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi di bahagian kerangka utama.
"Kerajaan telah menetapkan semua kenderaan yang dikeluarkan bermula Julai ini perlu menepati piawaian Euro 4 dan ciri-ciri keselamatan tertentu bagi meningkatkan mutu kenderaan di pasaran tempatan," jelasnya.
Tambahnya, Rio disasarkan kepada golongan muda berumur 25 hingga 30 tahun, pembeli kenderaan pertama dan juga pembeli yang ingin menjadikannya sebagai kereta kedua.
Mengulas mengenai prestasi jualan Naza Kia untuk separuh pertama tahun ini, beliau berkata, syarikat berkenaan berjaya mencatatkan pertumbuhan sebanyak 11 peratus kepada 7,000 buah kenderaan berbanding tahun lalu.
"Kami jangka momentum berkenaan akan kekal hingga hujung tahun untuk mencapai sasaran pertumbuhan sebanyak 20 peratus tahun ini," ujarnya.
Pada majlis berkenaan, Hafiz turut mengumumkan bahawa Naza Kia berminat untuk menjalankan operasi pemasangan kereta komponen terurai sepenuhnya (CKD) untuk model Kia kedua selepas Forte.
"CKD baru berkenaan akan melibatkan segmen B kerana dilihat lebih berpotensi berbanding segmen A yang pasarannya lebih mencabar selain terpaksa bersaing dengan kereta nasional," jelasnya.
Sementara itu, pada majlis penyampaian hadiah peraduan Kia Go-Xtra, seramai enam orang pelanggan setia Kia telah menerima hadiah berupa pakej percutian lima hari ke Korea Selatan yang dijadualkan pada September ini.
Nissan panggil balik 841,000 kenderaan
Kereta MINI akan dipasang di Malaysia
TEC yakin jual 20 kenderaan Isuzu D-Max
Wanita perlu cuba Touareg TDI
ETCM anjur bengkel khas buat pemilik Nissan
BMW lancar Z4 sDrive20i
Suzuki Swift CKD RM65,888
Veloster, reka bentuk futuristik
Twizy pencabar baharu kereta elektrik
Land Rover lancar Range Rover baharu
Honda sasar jualan Civic Hibrid lebih tinggi
Nissan lancar kereta elektrik Leaf tahun ini
Peugeot 208 miliki tarikan untuk peminat kereta kecil
Tan Chong lancar bas sendiri
Livina X-Gear kecil tetapi luas
Tan Chong anjur '4x4 adventure'
VCM tawar pilihan R-Design, Polestar
Nasim lancar Peugeot 208
Nissan Murano kekalkan prestij
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









