ARKIB : 25/06/2012
Nissan Sylphy, Livina X-Gear dengan Talaan IMPUL
KUALA LUMPUR 24 Jun - Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini telah melancarkan dua varian sporty Nissan Talaan IMPUL bagi model popularnya, Livina X-Gear dan Nissan Sylphy.
Talaan IMPUL yang menampilkan aksesori-aksesori eksklusif serta dihasilkan khas telah menonjolkan lagi keunikan model-model berkenaan berbanding model asal.
Nissan berkata, varian-varian yang ditala oleh IMPUL cukup popular dan telah menyumbang kira-kira 10 peratus daripada jualan setiap model sejak empat tahun lalu.
Perubahan yang dilakukan bagi bagi kedua-dua model adalah peredam ekzos yang diperbuat daripada besi tahan karat dengan kemasan berkilat dan logo IMPUL ditempa pada hujung paip ekzos selain menghasilkan bunyi lebih sporty.
Penggunaan rim aloi IMPUL Aura SX telah menjadikan beratnya 20 hingga 30 peratus lebih ringan berbanding rim biasa.
Sistem suspensi juga ditukar kepada IMPUL Sports bagi memberikan pengendalian lebih sporty dan ketinggian dikurangkan dengan cara meningkatkan sokongan daya sisi apabila mengambil selekoh.
Selain itu, kereta baru berkenaan turut dilengkapi set aerokit IMPUL lengkap bagi memastikan laluan angin dioptimumkan.
Nissan Livina X-Gear Talaan IMPUL dijual pada harga RM90,800 manakala harga Sylphy Talaan IMPUL berharga RM125,988 untuk 2.0XL dan RM135,988 untuk 2.0XV di atas jalan.
Semua alat ganti IMPUL hadir bersama jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer.
Nissan panggil balik 841,000 kenderaan
Kereta MINI akan dipasang di Malaysia
TEC yakin jual 20 kenderaan Isuzu D-Max
Wanita perlu cuba Touareg TDI
ETCM anjur bengkel khas buat pemilik Nissan
BMW lancar Z4 sDrive20i
Suzuki Swift CKD RM65,888
Veloster, reka bentuk futuristik
Twizy pencabar baharu kereta elektrik
Land Rover lancar Range Rover baharu
Honda sasar jualan Civic Hibrid lebih tinggi
Nissan lancar kereta elektrik Leaf tahun ini
Peugeot 208 miliki tarikan untuk peminat kereta kecil
Tan Chong lancar bas sendiri
Livina X-Gear kecil tetapi luas
Tan Chong anjur '4x4 adventure'
VCM tawar pilihan R-Design, Polestar
Nasim lancar Peugeot 208
Nissan Murano kekalkan prestij
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









