ARKIB : 25/06/2012
VW Polo kini mampu dimiliki
KERETA Volkswagen (VW) sering menjadi impian pemandu kerana kejuruteraan dan prestasi yang menakjubkan, namun tanda harga yang ditawarkan untuk setiap modelnya menyebabkan hasrat memilikinya sering terbantut.
Namun, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPGM) akhirnya berjaya memecahkan 'kongkongan' harga melebihi RM100,000 bagi semua modelnya sebelum ini dengan melancarkan Polo Sedan baru bernilai RM99,888.
Dengan berkonsepkan 'kereta rakyat', Polo Sedan dilihat menjadi titik tolak kepada kebangkitan VW untuk kembali memberi cabaran kepada pasaran kereta mampu milik tempatan yang pernah dikuasainya satu ketika dahulu.
Model baru ini mempunyai persamaan dengan rekaan asas Polo Hatchback kecuali bahagian belakangnya serta enjin yang lebih tinggi kuasanya tetapi tanpa bantuan turbo.
Jika hendak dibandingkan dengan model Polo Hathcback, model ini sememangnya kelihatan sangat ringkas dan kurang menarik tetapi sudah tentu ia disebabkan faktor pengurangan harganya.
Mengekalkan rekaan rasmi di bahagian hadapan iaitu gril perak melintang dengan hiasan logo VW sama seperti model-model lain, namun bahagian belakangnya mirip Jetta.
Kabin Polo Sedan pula direka untuk gaya dan keselesaan Eropah dengan susunan setiap tombol dan butang kekuncinya kelihatan kemas serta ringkas.
Kereta yang diimport dari kilangnya di India ini dilengkapi semua gajet ringkas terkini yang terdapat pada kebanyakan kereta.
Kereta ini melihatkan jaminan kualitinya pada setiap ruang dan tidak lupa juga kusyennya yang dibaluti fabrik lembut dan mempunyai papan pemuka yang ringkas.
Ruang but di bahagian belakang seluas 454 liter kereta ini cukup luas untuk membawa banyak barang-barang pengguna dalam menempuh pelbagai aktiviti harian.
Penulis berpeluang memandu uji Polo Sedan di sekitar Pulau Langkawi, baru-baru ini dan pada pendapat penulis, prestasi yang ditunjukkan oleh kereta baru ini boleh dianggap sederhana dan ia bersesuai untuk mereka yang tidak mementingkan pemanduan agresif.
Bagaimanapun, pemanduan menyusuri jalan kampung dan lebuh raya begitu lancar dengan sistem penyerap hentak yang berfungsi dengan baik ketika melalui jalan berliku serta ruang kabin yang agak senyap tanpa gangguan bunyi tayar atau biasan angin.
Tindak balas stereng Polo Sedang memang tidak boleh dinafikan terasa ringannya dan mudah dikendalikan.
Bagaimanapun, kepada pemandu yang pernah memandu Polo Hatchback, anda pasti dapat merasai kekurangan daya pecutan yang ditawarkan Polo Sedan.
Polo Hatchback menggunakan enjin 1.2 liter TSI dan kotak gear DSG tujuh kelajuan, manakala Polo Sedan menggunakan enjin 1.6 liter MPI enam kelajuan tiptronik.
Menekan pedal minyak kepada kelajuan yang lebih tinggi membuatkan enjin berbunyi sedikit bising tetapi tindak balasnya agak baik.
Penggunaan petrol juga dilihat sangat efisyen sehinggakan penulis tertunggu-tunggu panel bar elektronik penunjuk kapasiti minyak menunjukkan penurunan sepanjang pemanduan.
Secara keseluruhannya, Polo Sedan merupakan pilihan terbaik kepada mereka yang mahu memiliki kereta Eropah pertama atau yang memerlukan kereta sedan keluarga yang selesa dan jimat petrol.
Suzuki Swift CKD RM65,888
Veloster, reka bentuk futuristik
Twizy pencabar baharu kereta elektrik
Land Rover lancar Range Rover baharu
Honda sasar jualan Civic Hibrid lebih tinggi
Nissan lancar kereta elektrik Leaf tahun ini
Peugeot 208 miliki tarikan untuk peminat kereta kecil
Tan Chong lancar bas sendiri
Livina X-Gear kecil tetapi luas
Tan Chong anjur '4x4 adventure'
VCM tawar pilihan R-Design, Polestar
Nasim lancar Peugeot 208
Nissan Murano kekalkan prestij
Federal Auto rancang bawa semula MG
Golf Mk7 simbol teknologi VW
Hyundai tingkat jualan trak
Revo mudahkan pergerakan
BMW HP4 untuk yang mementingkan kuasa
Spesifikasi premium jadi taruhan Rio
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









