VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 14/07/2013

Percutian kapal mewah

Kapal mewah Superstar Libra yang merakam kenangan manis bagi penulis sekeluarga.

BAGI keluarga mahupun suami isteri yang ingin merancang percutian atau berbulan madu, tetapi mempunyai masa yang terhad untuk mengatur segala perkara sebelum percutian, Star Cruises iaitu sebuah syarikat kapal layar mempunyai jalan penyelesaiannya buat anda.

Syarikat ini menawarkan percutian hebat di atas kapal mewah mereka yang membawa penumpang melancong ke luar negara dalam masa singkat.

Syarikat kapal mewah ini menawarkan lebih daripada lima jenis kapal yang boleh membawa penumpang ke luar negara. Antara kapal yang ditawarkan oleh Star Cruises adalah Superstar Libra, Superstar Virgo, Superstar Gemini dan Superstar Aquarius.

Kapal-kapal mewah ini akan membawa penumpang ke beberapa destinasi tertentu di Asia antaranya Thailand, Korea, China, Hong Kong, Singapura dan Vietnam.

Para penumpang boleh memilih destinasi ingin ditujui bersama keluarga dan setiap kapal yang ditawarkan akan membawa penumpang ke destinasi berbeza. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk bercuti di Thailand, kapal layar yang akan membawa anda ke sana ialah Superstar Libra dan kapal ini akan berlabuh di Pulau Pinang.

Pada cuti sekolah yang lalu, penulis berpeluang bercuti bersama keluarga di atas kapal Superstar Libra yang berlabuh di Pulau Pinang dan berlayar ke Krabi dan Phuket, Thailand.

Pengalaman pertama kali berlayar adalah saat yang paling dinantikan oleh penulis dan keluarga selepas membaca blog-blog mereka yang pernah berlayar di atas kapal mewah tersebut.

Sememangnya pengalaman bercuti di atas kapal Superstar Libra diibaratkan sebagai mimpi menjadi kenyataan apabila kami benar-benar menjejakkan kaki di atas kapal yang panjangnya lebih 216.3 meter ini.

Superstar Libra boleh menampung seramai1,354 penumpang pada satu masa pelayaran dan kapal ini menyediakan 677 buah kabin untuk para penumpang.

Star Cruises juga menawarkan perkhidmatan kapal mewah terbaik yang pasti membuatkan anda berpuas hati dengan bayaran berpatutan yang dikenakan.

Pada hari pelayaran penumpang dinasihatkan tiba lebih awal di pelabuhan bagi memudahkan proses daftar masuk dan pemeriksaan bagasi. Selesai daftar masuk, penumpang akan dibawa masuk ke dalam kapal.

Sebaik sahaja tiba di dalam kapal, para penumpang pasti rasa kagum dengan dekorasi serba mewah yang disediakan oleh pihak Star Cruises yang sentiasa mementingkan keselesaan penumpang.

Untuk pengetahuan, hiasan dalaman Superstar Libra telah diubahsuai pada awal tahun lalu bagi memenuhi cita rasa penumpang. Seperti berada di dalam kapal mewah Titanic yang ditonton di kaca televisyen sebelum ini, kami sekeluarga terpegun dengan kecantikan dan kemewahan hiasan dalaman yang disediakan pihak Star Cruises untuk santapan mata para penumpang.

Star Cruises sentiasa memberi khidmat dan layanan mesra kepada penumpang dan mereka juga turut mengutamakan aspek keselamatan penumpang.

Anak kapal yang sentiasa bersedia membantu penumpang berasal daripada pelbagai negara seperti Filipina, China, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Para penumpang tidak perlu risau tentang aspek keselamatan kapal kerana semua anak kapal telah dilatih dan bersedia untuk membantu penumpang sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Sepanjang di atas kapal tersebut, pihak Star Cruises bertungkus-lumus menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai semua penumpang bagi mengisi masa lapang dan penumpang tidak akan rasa bosan.

Berdasarkan pengalaman penulis, jadual aktiviti yang terdapat di atas kapal ini cukup menarik dan pihak pengurusan tidak akan membiarkan penumpang bosan ketika berada di atas kapal dan menikmati percutian mereka sebaik mungkin.

Pada hari pertama pelayaran, aktiviti yang diadakan adalah Pesta Selamat Datang (Welcoming Show) yang membuatkan penumpang lebih teruja untuk terus berada di atas kapal.

Antara kemudahan yang disediakan untuk memenuhi kehendak dan membuatkan penumpang tidak bosan ketika belayar ialah spa dan urutan istimewa daripada tukang urut Thailand, salon kecantikan dengan khidmat mendandan rambut serta menghias kuku, selain membeli-belah di kedai bebas cukai yang terdapat di atas kapal.

Selain itu, terdapat juga padang golf mini yang disediakan bagai mereka yang meminati sukan golf serta terdapat gelanggang bola keranjang bagi anak-anak muda mengisi masa lapang.

Sememangnya aktiviti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Star Cruise ini sangat menyeronokkan serta akan mencipta pengalaman manis bersama keluarga tersayang.

Selain menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak Star Cruises, penumpang boleh bersiar-siar di sekitar kapal dan menikmati pemandangan indah serta melihat matahari terbenam di dek khas buat penumpang yang ingin menghirup udara segar di tengah laut.

Para penumpang juga boleh bersiar di seluruh kapal dan mangambil gambar adalah merupakan perkara utama yang perlu dilakukan ketika berada di atas kapal.

Setelah menikmati pemandangan matahari terbenam di dek persiaran, penumpang boleh menjamu selera di restoran yang terdapat di dalam kapal.

Bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam, anda tidak perlu risau tentang status makanan yang disediakan kerana Star Cruises telah menyediakan lebih daripada lima buah restoran untuk dipilih oleh penumpang dan empat daripadanya menyediakan makanan halal.

Ketika makan malam pertama di atas kapal, penulis dan keluarga telah memilih Restoran Spice yang menghidangkan 'nasi kandar'.

Setelah melihat dan mencuba sendiri masakan chef Melayu yang berasal dari Johor Baharu, kami berasa amat berpuas hati dengan hidangan yang disediakan dan perasaan ragu-ragu tentang status makanan di dalam kapal ini yang wujud sejak mula terus hilang sekelip mata.

Tambahan pula, Restoran Spices ini baru menerima sijil pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Maka, penumpang yang beragama Islam tidak perlu bimbang dan ragu-ragu tentang hidangan yang disediakan di atas kapal.

Setelah seharian berlayar dan tiba di Krabi, Thailand, kapal akan berlabuh dan penumpang dibenarkan turun dari kapal dan boleh melakukan aktiviti bebas bersama keluarga seperti membeli-belah dan melawat tempat-tempat bersejarah.

Para penumpang diberi masa untuk turun dan kembali semula ke kapal. Para penumpang juga akan diberi taklimat tentang negara yang dilawati serta beberapa tips berguna yang akan membantu penumpang semasa berada di luar kapal.

Antara tempat-tempat menarik yang mesti dikunjungi pelancong jika menjejakkan kaki ke Thailand adalah Krabi Island, Phi Phi Island, Phuket Town dan Patong Beach.

Jika anda menginginkan khidmat pemandu pelancong, Star Cruises juga menyediakan perkhidmatan tersebut bagi memudahkan penumpang mereka ketika berada di luar negara.

Ketika berada di Patong Beach, Phuket, Thailand, para pengunjung sememangnya akan merasai sendiri pengalaman membeli-belah yang pasti mengujakan kerana di Patong Beach, terdapat ratusan gerai jualan yang disediakan sepanjang lima kilometer.

Semasa membeli-belah di sini, para pengunjung dinasihatkan agar tawar-menawar dengan penjual dan sekiranya penjual tidak menurunkan harga, anda dinasihatkan untuk pergi ke gerai lain kerana kebanyakan barang yang dijual di situ adalah sama.

Selain membeli belah, pengunjung boleh menyaksikan persembahan menarik yang terdapat di situ antaranya persembahan tradisional Thailand yang sememangnya satu pengalaman menarik.

Setelah empat hari belayar di lautan, Superstar Libra berlabuh semula di Swettenham Pier, Pulau Pinang tepat pukul 12 tengah hari seperti yang dijadualkan.

Setelah mengalami sendiri pengalaman berlayar bersama Star Cruises, penulis berasa sungguh puas hati dan gembira sepanjang pelayaran di atas Superstar Libra.

Kepada mereka yang ingin merancang percutian terhebat bersama keluarga tersayang, Star Cruises adalah pilihan terbaik yang pasti akan memenuhi keinginan anda untuk memberi yang terbaik kepada keluarga tersayang dan merakamkan kenangan manis bersama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.