VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 17/03/2013

Kota di bawah aras laut

Kincir angin amat sinonim dengan negara Belanda.

PAGI di kem Amsterdamse Bos ini sungguh menyamankan. Kami mempunyai masa yang terluang begitu lama kerana waktu syuruk di sini pukul 5.28 pagi sedangkan krew Kelana Convoy memaklumkan pukul 9 baru kami akan bergerak menjelajah Volendam dan Amsterdam.

Di kesempatan yang terluang ini kami bersiar-siar dalam kem yang floranya begitu mengasyikkan.

Belanda atau dalam bahasa tempatan, Koninkrijk der Nederlanden (bermaksud Kerajaan Tanah-Tanah Rendah) adalah sebuah negara di barat laut benua Eropah.

Negara ini bersempadan dengan Jerman di timur, Belgium di selatan dan Laut Utara di sebelah barat. Nama Belanda berasal daripada bahasa Portugis iaitu Holanda.

Belanda adalah salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah aras laut.

Negara ini juga terkenal dengan dike atau kincir angin, terompah kayu, bunga tulip serta sifat terbuka masyarakatnya.

Penulis sempat bergambar di pelabuhan Volendam.

Sifat liberal menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai The Hague sempena bandar di Belanda.

Amsterdam adalah ibu negara Belanda dan The Hague pula pusat pentadbiran yang juga lokasi kediaman Ratu Belanda.

Kesempatan mengembara ke negara Belanda, memang mengujakan penulis yang kepingin melihat negara yang terkenal dengan pelbagai kelebihan.

Sampai di negara kincir angin, kami terus ke Amsterdamse Bos bagi menghilangkan lelah lebih 10 jam di dalam pesawat.

Setelah bersarapan kami memulakan kembara ke Volendam.

Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan menarik lapangan rumput yang terbentang luas. Rumput yang pasti mengenyangkan puluhan ekor lembu di padang tidak berpagar, saujana mata memandang.

Perhentian pertama kami di sebuah kilang membuat keju dan kasut. Bukan kasut kulit tetapi terompah kayu yang menjadi kebanggaan Belanda.

Kami kagum dipertontonkan demo membuat keju dan terompah ini.

Tidak sampai lima minit sepasang terompah berjaya disiapkan daripada seketul kayu sebesar bateri kereta.

Setibanya di Volendam, kami singgah di ikon tersohor Belanda - kincir angin. Ia masih digunakan sehingga kini setelah disesuaikan dengan teknologi terkini yang berfungsi untuk kegunaan bidang pertanian dan industri.

Museumplein Square antara tempat terkenal di Belanda.

Volendam adalah sebuah bandar di tepi laut. Ia terkenal dengan bot-bot nelayan yang klasik serta pakaian tradisi Belanda yang masih dipakai oleh segolongan masyarakat di sini.

Penulis bersama isteri dan rakan-rakan sempat bergambar dengan berpakaian tradisi ini. Sungguh mengujakan!

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Bandar raya yang berada di bawah aras laut ini terkenal dengan basikal sebagai medium pengangkutannya.

Sehinggakan lampu isyarat pun direka khas untuk penunggang basikal. Di sana-sini penduduknya menaiki basikal.

Daripada yang berupa gelandangan sehinggalah yang berkot dan bertali leher. Semuanya berbasikal.

Seterusnya kami menaiki Gray Line Sightseeing Canal Cruise. Acara persiaran menaiki bot melalui pelbagai terusan di bandar ini.

Sejam di dalam bot kami dipersembahkan dengan pelbagai bentuk monumen dan menara yang bersejarah.

Kelihatan rumah-rumah pedagang yang elegan kewujudannya dari Zaman Keemasan, bumbung-bumbung bangunan yang unik, juga tidak ketinggalan Magere Brug (Skinny Bridge) yang masyhur.

Mengakhiri kembara hari ini kami terus ke Museumplein Square. Antara tarikan di situ megahnya tersusun abjad-abjad I Amsterdam yang tingginya hampir dua meter.

Selain terdapat empat buah muzium di keliling dataran itu, juga indah terletak sebuah kolam yang bakal bertukar menjadi medan luncur ais di musim sejuk.

Kami kembali ke tanah air dengan perasaan yang gembira kerana telah mengembara ke negara kincir angin yang indah ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.