VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 09/02/2013

Hiburan seisi keluarga di Ali Baba Karaoke

PENGUNJUNG menikmati pelbagai juadah sebelum berkaraoke bersama keluarga di Ali Baba Karaoke, Tampoi, Johor Bahru.

ALUNAN irama padang pasir menjadi halwa telinga bagi sesiapa sahaja yang berkunjung ke sebuah pusat karaoke di Giant Tampoi, Johor Bahru. Tidak seperti tempat hiburan seumpamanya, Ali Baba Karaoke memberikan satu kelainan kepada para pengunjung dengan menawarkan konsep hiburan ala Arab.

Di pusat karaoke itu, para pengunjung duduk bersila tanpa kerusi. Ini membuatkan suasana berkaraoke ibarat berada di sebuah oasis padang pasir. Apatah lagi hiasan dalaman pusat karaoke tersebut dihidupkan lagi dengan kehadiran replika unta, pohon tamar, hiasan tembaga dan lampu-lampu indah yang bergemerlapan.

Menariknya, pusat karaoke itu bukan sahaja unik dari segi dekorasi tetapi juga sering mendapat tumpuan seisi keluarga yang minat berkaraoke. Ini kerana pusat karaoke itu mengetengahkan konsep sajian halal tanpa hidangan arak seperti mana tempat hiburan seumpamanya.

Pengurus Ali Baba Karaoke, Muhamad Azli Sabar berkata, pusat karaoke dua tingkat itu mempunyai 52 bilik dengan tiga kategori iaitu bilik standard yang mampu memuatkan enam orang, bilik eksekutif untuk 10 orang dan Suite bagi menampung sejumlah 20 pelanggan.

"Konsep yang diketengahkan menjadi kelainan dan melalui tema Arab ini, kami mahu menonjolkan ia sebagai pusat hiburan yang halal tanpa hidangan alkohol.

"Jadi, seisi keluarga boleh berkunjung tanpa berasa was-was bagi menikmati hiburan dalam suasana hiasan dalaman yang kebanyakannya diimport dari Mesir," katanya kepada S2.

Menurutnya, pengunjung berpuas hati dengan kemudahan di pusat karaoke yang dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 3 pagi itu.

"Selalunya pada hujung minggu, banyak keluarga terpaksa menunggu giliran kerana pengunjung yang ramai," tambahnya.

Beliau berkata, bilik-bilik di pusat karaoke itu dinamakan bersempena nama artis tempatan yang terkenal dan caj yang dikenakan bergantung kepada jenis bilik iaitu daripada serendah RM19.90 hingga RM99.00 bagi tempoh dua jam.

Sejak mula beroperasi pada Jun 2010, Ali Baba Karaoke turut menyediakan konsep hidangan Asia Barat seperti nasi goreng Arab, kacang pol, kebab dan shawarma, selain masakan Barat.

Menurut Muhamad Azli, pusat karaoke itu turut menyediakan pakej bagi mereka yang merancang acara seperti pertemuan semula.

Tambahnya, mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh melayari laman web www.diva.com.my atau laman sosial facebook: www.facebook.com/ alibabakaraoke

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.