VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 01/12/2012

Makan angin ke Padang Besar

SUASANA yang sentiasa sibuk dengan pengunjung adalah pemandangan biasa di dalam kompleks perniagaan di Padang Besar, Perlis.

ERKENAL sebagai negeri Jelapang Padi, Kedah merupakan tempat yang menarik untuk dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menenangkan fikiran.

Pada minggu lalu, penulis berpeluang meluangkan masa selama tiga hari di negeri itu dengan tujuan asal untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan semasa belajar.

Bergerak dari Kuala Lumpur dengan dua buah kereta memakan masa hampir enam jam berikutan kami berhenti di beberapa kawasan rehat.

Setibanya di Alor Setar pada kira-kira pukul 1 pagi, kami terus ke inap desa yang telah ditempah di Mergong.

Rumah berkembar setingkat yang mempunyai tiga bilik tidur dan kemudahan memasak serta membasuh pakaian memberi keselesaan seperti di rumah sendiri.

Keesokan harinya, kami bersiap menghadiri majlis perkahwinan yang terletak tidak jauh dari inap desa tersebut.

Kedudukan rumah pengantin yang berada berhampiran sawah membuatkan sesiapa sahaja tidak mahu melepaskan pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas.

Bagaikan sebuah lukisan, bendang dan gunung begitu memukau dan membuatkan kami mengambil banyak gambar kenang-kenangan untuk disimpan di dalam album kelak.

Setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan itu, kami kembali ke inap desa dan bersiap untuk pergi ke Padang Besar yang terletak hampir 90 kilometer dari bandar Alor Setar.

Bagi mereka yang tidak tahu, Padang Besar merupakan pekan kecil yang terletak di sempadan negara Thailand dan Perlis.

Banyak barangan dijual di sana seperti tilam, periuk belanga, pakaian, bahan mentah makanan dan paling mencuri tumpuan adalah jersi pasukan bola sepak tiruan yang murah.

Jika dibandingkan dengan harga yang dijual di Kuala Lumpur, jersi tersebut dijual tiga kali ganda mahalnya mengikut kualiti dan rekaan di ibu kota. Namun, di Padang Besar, baju-baju rekaan terbaru pasukan pilihan dijual pada harga serendah RM30 sehelai.

Setelah puas berbelanja, kami pulang ke inap desa untuk berehat sebelum keluar untuk menikmati makan malam di Kuala Kedah.

Makanan laut menjadi pilihan. Kami singgah di sebuah restoran dan memesan hidangan berasaskan ketam, udang, sotong serta ikan.

Harganya sangat berpatutan. Dengan hanya membayar RM140, kami berlapan bagaikan 'ular sawa' kekenyangan setelah menjamu selera pada malam itu.

Selesai menjamu selera, kami meronda di sekitar pekan Alor Setar untuk menikmati pemandangan malam sebelum pulang ke inap desa.

Pada hari terakhir, kami bersiap untuk berkemas pulang ke Kuala Lumpur dan setelah bersarapan, kami memulakan perjalanan pulang ke ibu kota.

Sebelum itu, kami singgah sebentar di Pulau Pinang untuk menikmati Nasi Kandar Line Clear yang terkenal dengan sajian nasi kandar sebagai makan tengah hari.

Hanya selepas itu, barulah kami menyambung perjalanan pulang dan berhenti seketika di kawasan rehat Bukit Gantang untuk menikmati durian kampung.

Perjalanan ke utara kali ini amat berbaloi. Bukan sahaja dapat menghadiri majlis perkahwinan rakan, bahkan dapat menikmati percutian yang menyenangkan hati. - AMIRUL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.