VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 05/08/2012

DUBROVNIK - Mutiara Adriatik

Kota Dubrovnik atau nama kunonya, Ragusa menyimpan pelbagai fakta sejarah, malah tersenarai sebagai salah sebuah Taman Warisan Dunia UNESCO.

PERCUTIAN sempena musim bunga atau Hari Easter memang dinantikan oleh kami, pelajar yang menuntut di luar negara.

Ini kerana, faktor suhu yang sederhana, cuaca cerah, pemandangan indah serta waktu siang lebih panjang menjadikan cuti musim bunga paling ideal untuk makan angin di sekitar Eropah.

Namun begitu, kami masih buntu memilih destinasi memandangkan kota-kota idaman Eropah seperti London, Paris, Rom dan Berlin telah dikunjungi.

Inginkan kelainan, kami memilih salah sebuah negara Balkan di sekitar kawasan tenggara Eropah iaitu Croatia.

Lokasi yang menarik perhatian kami adalah kota Dubrovnik, terletak di selatan Croatia dan menghadap Laut Adriatik yang menjadi pemisah antara Croatia dan Itali.

Kota Dubrovnik atau nama kunonya, Ragusa menyimpan pelbagai fakta sejarah, malah tersenarai sebagai salah sebuah Taman Warisan Dunia UNESCO.

Walaupun harga tiket kapal terbang untuk pergi dan balik hampir mencecah RM1,200 (300 Euro), kami pejamkan mata kerana kota Dubrovnik sangat indah dan jarang sekali kami berpeluang bercuti di pantai Eropah.

Penerbangan mengambil masa hampir enam jam setelah transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich selama tiga jam, tidak terasa setelah berpeluang menjejakkan kaki di kota lama Dubrovnik.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubrovnik, kami memilih menaiki bas yang disediakan untuk ke apartmen yang telah kami sewa.

Mulanya kami amat gusar dan berkira-kira untuk ke Dubrovnik, Croatia mendengarkan cakap-cakap sesetengah pihak. Antaranya, penduduk Croatia tidak fasih berbahasa Inggeris dan pasti sukar untuk berkomunikasi.

Bukan itu sahaja, disebabkan kami semua perempuan Muslim, mungkin menyukarkan proses kemasukan di pintu imigresen, juga isu keselamatan kami sepanjang berada di sana.

Tetapi sangkaan kami meleset sebaik sahaja tiba di sana. Sewaktu berlegar-legar di kaki lima jalan sambil membelek peta mencari apartmen yang kami sewa, seorang wanita separuh umur yang sedang menyidai jemurannya di beranda menegur saya.

Hasil bantuan makcik ini, kami berjaya menemui Dubrovnik Apartment Kovacec yang menjadi tempat tinggal kami selama tiga malam.

Pemiliknya, Mr. Felix menyambut kedatangan kami dengan minuman dan sedia membantu sepanjang kami di sana.

Hari pertama kami habiskan dengan melawat tempat pelancongan utama seperti pantai Banje, kereta kabel Dubrovnik, Old Town, Old Harbour dan City Wall.

Seni bina lama Eropah terutama sewaktu zaman Renaissance terukir indah di setiap bangunan di dalam Old Town yang dikelilingi City Wall sepanjang dua kilometer (km).

Makanan lautSelain air laut yang jernih dan pasir pantai memutih, apa yang menyebabkan kami ingin kembali ke Dubrovnik adalah hidangan makanan laut yang boleh didapati di mana-mana restoran di kawasan Old Town.

Sejujurnya, kami agak skeptikal terhadap restoran makanan lautnya kerana masyarakat Eropah mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan makanan laut dan memang tidak kena dengan tekak Melayu kita.

Namun, sewaktu kami berlegar-legar di sekitar Old Town mencari restoran sesuai, kami terhidu seakan-akan bau tomyam. Apa lagi, kamu terus mencari tempat duduk dan mengambil keputusan makan di situ.

Antara hidangan yang menjadi pilihan, seafood risotto, sotong bakar dan goreng tepung serta fish platter untuk empat orang.

Makanannya amat menepati cita rasa kami, walaupun tidak seenak ikan bakar cicah air asam di Malaysia.

Ais krim gelato juga boleh di didapati di dalam kawasan Old Town memandangkan suhu yang agak sederhana antara 18 hingga 25 darjah Celcius, kedai aiskrim menjadi tumpuan pelancong. Pelbagai pilihan perisa ditawarkan antaranya Ferrero Rocher, Oreo, dan Chocolate Macadamia.

Hari kedua, kami mengikuti pakej bot persiaran yang mengelilingi tiga pulau iaitu Pulau Lopud, Sipan dan Lokrum.

Kami bertolak dari jeti Old Harbour lebih kurang pukul 10.30 pagi dan dibawa mengelilingi kawasan pulau berdekatan.

Makan tengah hari disediakan dan kami berpeluang bersiar-siar di kawasan sekitar pulau selama satu hingga dua jam dan pulang semula pada pukul 5 petang.

Satu insiden menarik di Pulau Lopud, iaitu pulau terakhir yang kami lawati apabila salah seorang penumpang kehilangan dompetnya.

Laporan dibuat dan kami terpaksa berlabuh sementara menunggu tindakan pihak berkuasa.

Lebih kurang setengah jam, bot kami didatangi seorang lelaki pertengahan umur sambil membawa dompet penumpang tadi. Dompet tersebut dijumpai di atas tembok dan lelaki tersebut mengenal pasti pemiliknya berdasarkan kad pengenalan diri dan resit pembayaran pakej bot persiaran tersebut yang tertera nama bot tersebut.

Hal ini membuka mata kami kerana bukan mudah untuk melihat situasi sebegini di Malaysia apatah lagi melibatkan pelancong.

Berat hati kami meninggalkan kota bersejarah ini yang menyimpan 1,001 kenangan manis.

Kami berjanji untuk kembali semula ke Croatia jika kelapangan untuk melawat bukan sahaja Dubrovnik, malah Taman Negara Plitvice dan ibu kotanya Zagreb.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.