ARKIB : 04/08/2012
Bersengkang mata kawal pintu air
KETIKA kebanyakan orang kita lena tidur di kamar rumah masing-masing, ada dalam kalangan kita yang terpaksa bersengkang mata demi 'periuk nasi' orang lain.
Jika terleka atau lalai walau sekejap sahaja, sudah tentu sawah padi yang menjadi sumber rezeki penduduk di berpuluh-puluh kampung di Kota Belud, Sabah akan terjejas teruk, malah boleh menyebabkan pokok padi terkulai layu.
Begitu besar tanggungjawab yang digalas oleh seseorang yang bekerja sebagai penjaga pintu air atau penjaga empangan.
Abd. Kajul Bakar, 48, merupakan salah seorang daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat menerusi kerjaya yang dilakukannya itu. Lantaran itu, tidak hairanlah beliau diberi jolokan Datuk Ampangan yang bermakna 'Penguasa Empangan' oleh penduduk setempat. Ini kerana dialah yang bersusah payah menjaga Pintu Air Pasang Surut Jawi-Jawi sejak 30 tahun yang lalu.
Empangan yang lebih dikenali sebagai Rigisin oleh penduduk itu dibina pada penghujung tahun 60-an di Sungai Merabau, Kota Belud, Sabah. Puluhan kampung mendapat manfaat daripada binaan ini kerana ia menjadi kunci utama air pasang surut, mengawal banjir serta menentukan padi yang ditanam menjadi atau tidak.
Jika air pasang, Rigisan amat berguna untuk menampan air masin yang masuk dari Laut China Selatan dan jika air surut, ia terpaksa ditutup kerana air yang mengalir dari anak-anak sungai dari Banjaran Crocker yang digunakan untuk membekalkan air ke ribuan hektar sawah turun ke laut.
Rigisin merupakan pintu air pasang surut yang disifatkan sebagai yang terbesar di Kota Belud. Ia mempunyai empat pintu air, sekali gus menjadi jambatan utama yang menghubungkan pekan Kota Belud dengan beberapa kampung di pesisiran pantai.
Abd Kajul menjelaskan, pekerjaannya sebagai penjaga pintu air tidak mengira waktu, apatah lagi apabila terputusnya bekalan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan sistem komputer terganggu dan fenomena alam sekitar seperti pasang dan surut pula berlaku.
"Keadaan ini menyebabkan saya terpaksa bekerja sehingga lewat malam, malah sehingga dinihari bagi memastikan semua orang berasa selesa, dan saya turut bahagia apabila selesai menjalankan tugas dengan penuh dedikasi," katanya.
Beliau memberi contoh, keadaan tanah sawah yang berbeza di Tawadakan, Kota Belud yang agak tinggi dan di Jawi-jawi yang rendah amat memerlukan perhatian kerana jika paras air tidak diawasi khususnya pada tengah malam, keadaan itu akan membuatkan ratusan hektar sawah di Jawi-jawi ditenggelami air.
Demikian juga apabila paras air rendah menyebabkan pam air di Tawadakan dan Kotabungan tidak dapat mengepam air ke sawah kerana terlalu cetek lalu menyebabkan ratusan hektar padi di kawasan itu kering kontang kerana tanah di kawasan Tawadakan dan sekitarnya lebih berpasir.
"Saya selalu memantau keadaan air di Jawi-jawi dan kampung lain pada pukul 1 pagi untuk memastikan sawah mereka tidak tenggelam. Sebelum sistem berkomputer ini diwujudkan, saya terpaksa meranduk air pada lewat malam untuk memastikan paras air bersesuaian.
"Setiap perubahan paras air akan dikirim ke telefon bimbit saya oleh sistem yang dibangunkan di Rigisin ini. Misalnya jika paras air tinggi, maka saya akan pergi ke empangan ini untuk menaikkan pintu air, tetapi sekarang dengan sekali sentuh di skrin, pintu air terangkat naik secara automatik," jelasnya tersenyum lebar.
Ketika ditemui baru-baru ini di empangan itu, Abd. Kajul memberitahu beliau terpaksa berjaga sepanjang malam kerana sistem pengkomputeran yang diwujudkan pada 2009 itu ada kalanya menghadapi masalah, lebih-lebih lagi jika cuaca tidak menentu.
Pakej pelancongan terbaik Muslim
Khao San pusat backpacker
Berjumpa lagi di Dusseldorf dan Cologne
Beca selepas 70 tahun
Kini hanya jadi produk pelancongan popular
Waris seni pertukangan beca
Hiasan cecah ribuan ringgit
Amalan khurafat jadi 'pelaris'
Nasi lemak istimewa Anggun Fusion
Keindahan Gugusan Labian
Peserta Gerbang Cinta ke China
Istanbul Aku Datang!
Ros Thaif di kelambu Kaabah
Umpama berada di alam fantasi
Enaknya Nasi Arab 3 Rasa
Seronok bercuti bersama keluarga
Percutian penuh keinsafan
Merenda impian di United Kingdom
Jom berbasikal ke Raub
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









