VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 29/07/2012

Keaslian Gua Kristal Naica

Pelombong perlu memakai sut khas dan tangki oksigen untuk bertahan lebih lama di dalam gua kristal ekoran suhunya yang tinggi. - AGENSI

SEKILAS pandang, gua kristal di kawasan perlombongan Naica di Chihuahua, Mexico kelihatan seperti set penggambaran cerita Superman yang memaparkan watak Clark Kent bertemu dengan bapanya, Jo-El di planet Kripton.

Namun, terdapat sedikit perbezaan apabila 'gua kristal' dalam cerita Superman mempunyai suasana putih bercahaya, manakala Naica lebih gelap dan suram.

Gua Kristal Naica, terletak 300 meter di bawah tanah dan sepanjang 27 meter.

Ia ditemui pada tahun 2000 oleh sekumpulan pelombong ketika melakukan kerja-kerja mengorek terowong dan mengepam air bagi mengelakkan kawasan perlombongan Naica ditenggelami air.

Pada mulanya, kumpulan pelombong menemui beberapa batu yang kelihatan seperti kristal sebelum meneruskan operasi menggali dan menemui gua kristal gergasi.

Gua istimewa itu turut menyaksikan penemuan kristal yang mempunyai ukuran diameter sebesar empat meter, panjang 12 meter dan berat 55 tan, sekali gus mungkin menjadi kristal terbesar pernah ditemui.

Dari 1970 hingga 1990-an, kawasan perlombongan Naica terkenal dengan hasil galian seperti emas dan perak sebelum kemunculan zink dan plumbum yang dilihat lebih bernilai.

Jika gambar-gambar yang dirakam diteliti, kesemua kristal yang terdapat dalam gua tersebut kelihatan seperti bongkah ais dan mungkin orang menyangka ia bersuhu sejuk.

Namun, tahukah anda, suhu di dalam gua tersebut sebenarnya boleh mencecah sehingga 58 darjah celcius dengan 90 hingga 99 peratus kelembapan.

Tanpa perlindungan khas, manusia hanya boleh terdedah pada suhu panas di dalam gua tersebut selama 10 minit.

Justeru, kumpulan pelombong mengambil inisiatif mencipta sendiri 'tangki oksigen sejuk' dan sut khas yang membolehkan mereka berada lebih lama di dalam gua untuk menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan pemantauan.

Gua Kristal Naica terletak di gua batu kapur yang mempunyai saliran magma di bawahnya di mana ia bertindak memanaskan air bawah tanah sebelum bertukar menjadi tepu dengan campuran beberapa bahan galian termasuk gipsum.

Gipsum merupakan inti pati utama kepada pembentukan kristal dan ruang gua yang dipenuhi dengan air panas itu akan kekal selama kira-kira 500,000 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, suhu air terbabit akan berada pada satu tahap konsisten iaitu melebihi 50 darjah Celcius dan keadaan itu secara tidak langsung membentuk kristal bersaiz besar.

Berdasarkan pemerhatian sekumpulan penyelidik, lantai gua tersebut dipenuhi dengan blok-blok kristal berkilat dan keras.

Sehingga hari ini, gua berbentuk seperti ladam kuda itu boleh dimasuki bagi membolehkan syarikat perlombongan meneruskan kerja-kerja mengepam air untuk mengekalkan keadaan kering di dalamnya.

Pada 2009, sebuah lagi gua kristal yang diberi nama Istana Ais ditemui di kawasan yang sama terletak 150 meter di bawah tanah dan tidak dipenuhi air.

Berbeza dengan gua kristal gergasi Naica, Istana Ais atau Ice Palace mempunyai formasi kristal yang lebih kecil dan struktur lebih halus.

Sehingga kini, pelbagai pihak tampil untuk melakukan kajian terhadap gua tersebut bagi mencungkil misteri kewujudannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.