VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 30/06/2012

Aroma nasi beriani Haza Bistro

Keadaan ruang korporat yang selesa di Restoran Haza Bistro, Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

NASI beriani bukan sahaja popular di India dan Pakistan yang merupakan tempat asal menu tersebut, malah penduduk Malaysia turut menggemarinya sekali gus membuatkan restoran yang menyajikan hidangan tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Tarikan utama hidangan tersebut adalah nasi yang dimasak dengan pelbagai campuran rempah-ratus bagi menghasilkan aroma menyelerakan. Biasanya, ia dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk yang pasti membuka selera.

Antara restoran yang menawarkan hidangan lazat tersebut adalah Haza Bistro, sebuah restoran berkonsepkan moden dan bertemakan warna putih yang baru dibuka di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, Kelantan.

Restoran itu menjadikanmenu popular nasi beriani sebagai salah satu kekuatan utamanya.

Bagi penggemar nasi beriani, rugi sekiranya anda tidak singgah di restoran tersebut untuk merasai sendiri keenakan nasi itu yang dimasak oleh chef luar negara, selain kira-kira 50 pekerja di restoran itu yang sentiasa bersedia memberikan layanan kelas A kepada pelanggan.

Pengurusnya, Che Yahya Che Amat berkata, berkonsepkan Komunikasi, Kualiti dan Perkhidmatan Haza Bistro sentiasa memberi layanan terbaik kepada para pelanggannya.

"Setiap kali pelanggan bertanya apakah istimewanya makan di sini, kami akan beritahu mereka tentang menu nasi beriani.

"Menu inilah yang saya cadangkan kerana saya yakin mereka akan berpuas hati dengannya.

"Ini kerana nasi beriani kami dihidangkan dengan tiga jenis lauk utama yang boleh dipilih pelanggan iaitu daging kambing, ayam dan rusa," katanya kepada S2.

Katanya, hidangan nasi beriani turut disediakan dalam bentuk set iaitu RM75 untuk empat orang, RM120 untuk enam atau tujuh orang serta dua jenis set lagi yang disertakan dengan tambahan dua menu lain.

Jelasnya, setiap set akan disertakan dengan pelbagai hidangan lain antaranya ikan kukus, tom yam makanan laut dan udang mentega, selain beberapa jenis masakan berasaskan ayam.

Haza Bistro beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam. Restoran tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu seksyen orang muda, seksyen keluarga dan seksyen korporat yang keseluruhannya boleh menempatkan 200 pelanggan.

Selain ruang makan, sebuah dewan makan yang boleh menempatkan sehingga 500 orang pada satu-satu masa disediakan di tingkat dua.

"Dengan itu, kami turut menyediakan pakej pada harga diskaun kepada jabatan-jabatan kerajaan, pihak swasta atau orang awam sama ada mahu melangsungkan upacara perkahwinan di dewan itu atau sekadar jamuan makan biasa," kata Che Yahya.

Selain nasi beriani, Haza Bistro turut menyediakan pelbagai jenis hidangan lain terutama makanan Barat dan tidak dilupakan adalah hidangan tempatan yang pastinya menjadi permintaan setiap pelanggan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.