VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 30/06/2012

Memburu strike di tengah malam

BEBERAPA pemain muda dan veteran yang menyertai liga boling Pusat Boling Cosmic di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang. - S2/Sazali Che Din

KETIKA semua premis di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang menamatkan operasi tatkala detik tengah malam menjelma, lain pula keadaannya di tingkat lima pusat beli-belah itu.

Semakin hampir jarum jam menuju detik 12 tengah malam, semakin riuh pula keadaannya di situ.

Bunyi jatuhan pin dan jeritan kegembiraan para pemain boling selepas berjaya melakukan strike kuat kedengaran.

Begitulah suasana Pusat Boling Cosmic pada setiap Jumaat yang menganjurkan pertandingan liga boling bermula pukul 10 hingga 12 tengah malam.

Ternyata, ia berbeza dengan pertandingan boling lain yang biasanya berlangsung pada sebelah siang atau lewat petang.

Lebih 40 pasukan berentap dalam liga berkenaan yang mana setiap satu dianggotai tiga peserta.

Diperkenalkan pada 2006, liga tersebut pada tahun ini berlangsung selama 21 minggu bermula Februari lalu.

Ia terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan setiap pasukan mempunyai tiga anggota. Pasukan yang menjadi juara nanti bakal membawa pulang wang tunai RM1,000.

Pengalaman bermain boling pada lewat malam ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri.

Bagi salah seorang peserta, Mohd. Shafiq Mohd. Sukari, 26, dia memilih untuk bermain boling pada lewat malam sebagai aktiviti santai bagi melepaskan tekanan setelah penat bekerja pada sebelah siang.

"Bermain boling pada waktu malam sebenarnya ada kepuasan tersendiri kerana kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapat giliran bermain jika orang ramai.

"Selain itu, apabila bermain dalam liga, jika pasukan saya berjaya menamatkan saingan dengan kedudukan lebih baik, kami berpeluang mara ke peringkat seterusnya bagi merebut hadiah lumayan yang disediakan penganjur," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Sementara itu, tinjauan S2 di Pusat Boling Cosmic sepanjang dua jam acara liga itu diadakan mendapati pelbagai reaksi dan gelagat dapat dilihat.

Para peserta mencuba sedaya upaya menjatuhkan seberapa banyak pin bagi melayakkan diri ke peringkat akhir.

Bagi yang membuat balingan tepat, sudah pasti kegembiraan ditunjukkan sambil mendapat sorakan daripada rakan sepasukan mahupun penonton.

Begitu juga sebaliknya apabila balingan mereka tersasar.

Balingan sedemikian juga mendapat sorakan daripada rakan sepasukan dan penonton tetapi bukan bertujuan mengejek, hanya gurauan semata-semata bagi memeriahkan lagi suasana.

Apatah lagi apabila bola boling masuk ke dalam 'longkang' yang bukan sahaja mengecewakan para peserta, malah mencetuskan suasana kelakar.

Ditambah dengan bunyi muzik yang dipasang kuat, suasananya cukup gamat.

Justeru, jika anda ingin merasai pengalaman baru bertanding dalam permainan boling pada lewat malam, apa kata pergi ke Pusat Boling Cosmic yang terletak di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Pusat tersebut beroperasi setiap hari sehingga pukul 1 pagi dengan bayaran berpatutan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.