VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 01/08/2013

BTN disaran kaji tahap kejayaan bina negara bangsa

KUALA LUMPUR 31 Julai - Biro Tata Negara (BTN) disaran memperluaskan peranannya dengan menjalankan penyelidikan tentang tahap kejayaan usaha membina negara bangsa.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, cadangan itu adalah tambahan kepada fungsi BTN yang bertanggungjawab melaksanakan kegiatan membangkitkan kesedaran bernegara dan patriotisme dalam kalangan rakyat.

"Saya mencadangkan BTN melanjutkan usaha terpuji selama ini dan pada masa sama tidak membataskan kegiatannya pada latihan dan kursus sahaja.

"Dari semasa ke semasa kita sepatutnya memantau sejauh mana kejayaan usaha membina negara bangsa itu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Negara hari ini.

Tambah beliau, BTN tidak seharusnya bersikap apologetik berikutan tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap agensi tersebut.

Sebaliknya, menurut Firdaus, BTN perlu meneruskan usaha murni menanam semangat cintakan negara khususnya kepada generasi muda.

"Di Indonesia pada masa ini ada usaha memperkasakan kembali pemahaman rakyatnya terhadap Pancasila. Barangkali kita boleh melakukan perkara serupa di Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, beliau menggesa kerajaan memantau kemasukan warganegara asing memasuki negara ini menggunakan visa pelancong atau visa pelajar.

"Pelancong yang memasuki negara ini perlu ditapis dan kita tidak sepatutnya percaya mereka membawa wang yang banyak, begitu juga dengan yang datang sebagai pelajar," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Firdaus berkata, kerajaan diminta mewujudkan jawatankuasa khas untuk menyelaraskan projek pembinaan sebuah masjid di Brickfields di sini antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi-agensi lain.

Jelas beliau, langkah itu diyakini dapat mengurangkan masalah birokrasi yang didakwa berlaku dalam projek pembinaan masjid berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.