VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 16/01/2013

GiatMara tawar kursus jentera berat lahir pelatih berpendapatan tinggi

RAUB 15 Jan. - Pusat Latihan GiatMara memperkenalkan kursus memandu dan membaiki jentera berat serta mesin gergaji balak dalam usaha melahirkan lebih ramai pelatih mahir dalam bidang tersebut dan mampu menawarkan pendapatan tinggi.

Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, kursus berkenaan dikendalikan oleh tenaga pengajar bertauliah dalam bidang tersebut yang tidak ramai kalangan bumiputera menceburinya.

Menurut beliau, bidang tersebut yang dimonopoli kaum Cina mampu memberi pendapatan lumayan antara RM4,000 atau RM5,000 ke atas sebulan.

"Memandangkan kurangnya kaum Melayu menceburi bidang tersebut, bermula tahun ini GiatMara memperkenalkan kursus itu dengan menyasarkan kira-kira 100 pelatih mahir yang dapat dilahirkan sebelum akhir tahun ini.

"Kita yakin lebih ramai belia Melayu akan mengikuti kursus tersebut sebagai satu daripada usaha kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir berpendapatan tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan pendidikan kepada keluarga peserta Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang di Rancangan Tanah Pemuda Klau di sini hari ini.

Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong berkata, sebagai permulaan, pusat berkenaan akan melatih antara 80 hingga 100 orang dalam bidang memandu dan membaiki jentera berat manakala 50 hingga 100 orang lagi bidang membaiki mesin gergaji balak.

Katanya, seperti pelatih lain, mereka yang mengikuti kursus berkenaan turut diberikan elaun sebanyak RM200 sebulan dan kerajaan menimbang untuk menambah lagi elaun itu sehingga RM300.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan RM5 juta bagi membina pusat GiatMara baharu di daerah ini bagi menggantikan bangunan lama yang tidak sesuai digunakan sebagai pusat latihan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.