VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 08/11/2012

Ramai pengguna punca capaian SPPBS terganggu

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sering tergendala dan sukar diakses oleh guru adalah disebabkan bilangan pengguna mencecah 40,000 orang dalam satu-satu masa.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementerian itu telah mengambil langkah interim dengan menyediakan hosting khas secara berasingan bagi PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

"Proses migrasi hosting' bagi sistem terbabit sudah selesai dilaksanakan pada akhir September lalu dan pada masa ini, ia stabil dan boleh diakses.

"Kita mengambi maklum mengenai kesulitan yang dihadapi guru dalam mengakses sistem PBS. Malah, kita turut mendapat maklum kesukaran itu berpunca daripada sikap segelintir guru yang lebih gemar melaksanakan tugas pada saat akhir khususnya ketika tiba musim cuti sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PASBukit Gantang) tentang pengenalan sistem PBS di sekolah serta masalah keberkesanan dalam pelaksanaanya termasuk sukar diakses dan lambat.

Mengulas soalan sama, Mohd. Puad menjelaskan, sebanyak 2,501 buah sekolah di seluruh negara juga sudah dilengkapi peralatan Customer Premis Equipment (CPE) dibawah Projek 1BestariNet bagi mempertingkatkan capaian akses internet di sekolah.

"Kemudahan jalur lebar yang disediakan menerusi projek 1BestariNet adalah berasaskan teknologi 4G dengan kelajuan minimum 4 Megabait sesaat (Mbps) sehingga kelajuan maksimum iaitu 20Mbps.

"PBS ini adalah usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran serta menghayati nilai murni agar dapat menjadi kompetetif dan relevan dalam era globalisasi ini," ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, pihaknya belum bercadang untuk menyediakan elaun khas kepada guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.