VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 01/11/2012

PBS: Tingkatan 4 berpeluang ke SBP

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kementerian Pelajaran memberi jaminan pelajar- pelajar tingkatan empat di bawah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berpeluang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) asalkan menepati setiap standard yang ditetapkan di bawah sistem tersebut.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, meskipun para pelajar tidak lagi mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi mereka tetap tertakluk kepada penilaian empat komponen PBS dalam menentukan sama ada layak atau tidak untuk ke SBP.

Beliau berkata, empat komponen PBS itu adalah pentaksiran sekolah; pentaksiran pusat; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik.

"Walaupun di peringkat ini (menengah rendah) 100 peratus PBS ditaksirkan oleh guru, itu bukan bermakna kita tidak boleh memilih pelajar untuk ke tingkatan empat SBP.

''Lembaga Peperiksaan sentiasa memastikan soalan-soalan peperiksaan yang diberikan kepada para pelajar menepati piawaian ditetapkan. Selain itu, mereka terpaksa melalui empat komponen PBS yang telah saya sebutkan tadi," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu ketika menjawab soalan tambahan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas- Parit Buntar), Ka Siong berkata, pihak kementerian kini dalam proses memantapkan lagi PBS bagi memastikan sistem itu berjalan lancar sebaik sahaja dilaksanakan kelak.

"Saya akui guru-guru akan merasa sedikit terbeban dengan PBS, namun saya yakin apabila sistem menjadi semakin mantap segala isu dan masalah tidak lagi berbangkit. Tambahan pula kementerian ada menyediakan dua aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memudahkan para guru melaksanakan PBS," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.