VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 04/10/2012

Program Francais Mikro berjaya lahirkan lebih ramai usahawan - Rohani

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Program Francais Mikro di negara ini berjaya melahirkan lebih ramai usahawan daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk menceburi bidang perniagaan francais.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, program tersebut yang diperkenalkan tahun lepas berkonsepkan perniagaan secara mudah alih sama ada dalam bentuk kios atau kenderaan bergerak.

Jelasnya, program tersebut juga menyasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dengan jumlah pembiayaan tidak melebihi RM50,000.

“Konsep perniagaan secara mudah alih ini diwujudkan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat di negara ini menyertai francais dengan jumlah modal yang rendah.

“Konsep perniagaan mudah alih juga dapat menyelesaikan masalah kesukaran bakal usahawan untuk memulakan sesuatu perniagaan francais," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Matulidi Jusoh (BN-Dungun) yang ingin tahu sejauh mana kejayaan program francais yang diperkenalkan Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) khususnya bagi membantu usahawan Bumiputera.

Sementara itu, Rohani memberitahu, kini sejumlah 60 francaisor telah menyertai skim Program Francais Mikro.

Katanya, seramai 181 usahawan francaisi bumiputera telah mendapat pembiayaan melalui Skim Pinjaman Kecil Francais di bawah Program Francais Mikro melibatkan 18 syarikat francaisor daripada pelbagai sektor.

“Kerajaan juga sedar ramai yang bimbang untuk melabur dalam bidang ini kerana beranggapan ia berisiko tinggi dan memerlukan modal besar yang tidak mampu disertai golongan berpendapatan rendah.

“Sebenarnya, persepsi itu tidak benar sama sekali kerana industri francais tempatan di negara ini sentiasa terbuka untuk semua golongan sama ada yang berpendapatan tinggi, sederhana mahupun rendah, asalkan mereka mempunyai kemahuan dan tekad untuk berjaya di dalam perniagaan serta merebut peluang yang ada," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.