VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 15/06/2012

Pekerja asing dilindungi ikut Akta Pampasan Pekerja 1953

KUALA LUMPUR 14 Jun - Pekerja asing di negara ini tidak tertakluk di bawah skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana mereka dilindungi mengikut Akta Pampasan Pekerja 1953.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan bagaimanapun berkata, pekerja asing boleh membuat caruman sebanyak RM72 setahun di 28 syarikat insurans yang dilantik oleh kementerian.

Katanya, caruman itu meliputi kemalangan maut, hilang upaya dan hilang upaya kekal.

"Kita mengambil berat keselamatan pekerja asing dan akan mengambil tindakan ke atas majikan yang gagal melaporkan kemalangan," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang) di Dewan Rakyat hari ini.

Maznah berkata, piawaian negara sama dengan standard antarabangsa dan peraturan mengenai keselamatan serta kesihatan pekerjaan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Selain itu, beliau memberitahu, analisis kemalangan pekerjaan yang melibatkan pekerja asing pada tahun lalu berkurangan kepada 5,027 kes berbanding 5,867 kes pada tahun 2010.

Tambahnya, bagi kemalangan maut pula, kes yang direkodkan pada tahun lalu adalah berkurangan kepada 233 kes berbanding tahun 2010 yang merekodkan sebanyak 254 kes.

"Pengurangan data kemalangan ini adalah disebabkan keberkesanan penguatkuasaan dan peningkatan promosi keselamatan serta kesihatan di tempat kerja," ujarnya.

Terdahulu, Maznah berkata, kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan mengenakan tindakan undang-undang melalui Akta Kerja 1955 kepada majikan yang bertindak memotong gaji pekerja akibat kesilapan pihak ketiga.

"Jika kita dapati aduan pekerja berasas, pihak majikan boleh diarah membayar semula kepada pengadu.

"Jika majikan berlengah membayar semula, mereka boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM5,000. Apabila enggan, pendakwaan di bawah akta yang sama dengan denda tidak lebih RM10,000 boleh dilakukan," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.