VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Ogos 2014 / 1 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 27/04/2012

Pembuatan sektor kedua terbesar

KUALA LUMPUR 26 April - Sektor pembuatan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan jumlah RM161.6 bilion atau 27.5 peratus dicatatkan pada tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sektor pembuatan menyusuli sektor perkhidmatan yang merupakan penyumbang terbesar iaitu RM344.5 bilion atau 58.6 peratus untuk tempoh sama.

Beliau berkata, di tangga ketiga adalah sektor pertanian dengan sumbangan RM43.3 bilion atau 7.3 peratus.

"Di samping itu, sumbangan sektor perlombongan yang merangkumi pengeluaran petroleum adalah berjumlah RM37 bilion atau 6.3 peratus manakala sektor pembinaan menyumbang RM18.9 bilion atau 3.2 peratus terhadap KDNK negara," katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Saiful Izham Ramli yang ingin tahu faktor mengapa sektor pembuatan masih gagal menyumbang secara signifikan terhadap pendapatan negara.

Mustapa berkata, KDNK negara pada 1970 adalah berjumlah RM11.8 bilion dengan sumbangan sektor pembuatan berjumlah RM1.7 bilion manakala KDNK bagi 1980 adalah RM26.2 bilion dan sektor pembuatan menyumbang RM4.8 bilion.

Katanya, kerajaan akan terus membantu sektor pembuatan termasuk industri berasaskan petroleum dengan meneruskan insentif sedia ada demi memastikan sektor itu terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah mengenai peluang-peluang baru yang boleh diterokai dari Jepun, kata beliau, timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir kini berada di negara itu bagi mempromosikan perdagangan Malaysia.

"Jepun adalah antara pelabur utama negara. Kita sudah melaksanakan Dasar Pandang ke Timur. Kita mahu galakkan lebih banyak pelaburan dari Jepun. Antara bidang-bidang baru yang boleh kita terokai adalah teknologi, hibrid dan tenaga solar.

"Saya yakin lawatan Mukhriz ke Jepun akan membawa berita baik untuk negara," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:29
Maghrib 7:23
Isyak 8:33


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.