VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 19/06/2013

ICE berjaya cungkil bakat inovatif pelajar

Sebahagian daripada pelajar universiti dan sekolah menengah yang menyertai Pameran dan Pertandingan Inovatif (ICE) 2013 di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 18 Jun - Yayasan Pahang (YP) dengan kerjasama Kolej Antarabangsa IKIP (IKIP) menganjurkan Pameran dan Pertandingan Inovatif (ICE) 2013 di kompleks beli-belah Berjaya Megamall Kuantan di sini baru-baru ini.

Sebanyak 3,860 penyertaan terdiri daripada peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini dipilih ke peringkat akhir dalam pertandingan yang dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan dan Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM).

Dalam pertandingan itu, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah mengungguli kategori IPT manakala Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan TATI University College, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar merangkul tempat pertama menewaskan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Abdul Razak, Pekan yang menduduki tempat kedua dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Tun Abdul Razak, Pekan di tempat ketiga.

Ketua Pegawai Eksekutif IKIP, Prof. Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, pertandingan bertemakan Inovasi Pemangkin Masyarakat Bestari diadakan sejajar dengan hasrat kerajaan membudaya dan mengamalkan inovasi di setiap lapisan masyarakat serta menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri maju menjelang 2020.

Menurutnya, pada pertandingan yang julung kali diadakan itu, pihaknya diberi kepercayaan sepenuhnya oleh YP untuk menganjurkan pameran serta pertandingan inovasi di peringkat negeri.

"Pertandingan ini dapat melahirkan pemikiran inovatif dan kreatif serta mampu melahirkan generasi pemikiran minda kelas pertama serta membangunkan modal insan bertaraf dunia.

"Secara tidak langsung, ini dapat membantu menjenama dan mempromosikan YP ke arah globalisasi serta membantu IKIP dengan pembudayaan inovasi dalam bidang pendidikan," katanya di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.