VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 01/03/2013

RTC Kuala Pahang bawa manfaat besar kepada penduduk

PEKAN 28 Feb. - Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang di sini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka membawa manfaat kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Pusat berkenaan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Pekan dilihat akan menjana lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.

Nelayan, Awang Osman, 48, berkata, pembukaan pusat itu merupakan pembaharuan dilakukan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi penduduk di luar bandar.

"Nelayan seperti saya akan berasa tempias positif dengan pembukaan pusat itu kerana segala permasalahan berkaitan kami akan lebih cepat diatasi menerusi agensi kerajaan dan jabatan berkaitan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagi rakannya, Zulkifli Ali, 54, dia dan rakan-rakannya akan mudah memasarkan produk hasil laut seperti keropok dan ikan kering menerusi bantuan agensi kerajaan yang beroperasi di pusat itu.

"Pembaharuan yang dilakukan itu akan mengubah corak kehidupan penduduk di sini sekali gus meningkatkan pendapatan golongan masyarakat di luar bandar," katanya.

Bagi penduduk, Alias Mohamad, 43, dia mengalu-alukan pembukaan pusat berkenaan yang dilihat bakal memberi manfaat besar kepada seluruh lapisan masyarakat di daerah ini.

"Ini merupakan program transformasi yang amat menguntungkan rakyat terutama penduduk luar bandar seperti saya. Inilah yang dikatakan janji ditepati, rakyat didahulukan," katanya.

Bagi Abdul Ghani Jaafar, 58, dia menyifatkan kerajaan melalui kepimpinan Najib telah membuktikan tidak mengabaikan keperluan dan aspirasi rakyat di kawasan luar bandar.

"Alhamdulillah, kami penduduk di kawasan ini amat bersyukur kerana program pembangunan yang dicetus dan dilaksanakan Perdana Menteri ternyata mengambil kira semua hasrat dan keperluan setiap lapisan masyarakat," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.