VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 21/02/2013

Popularkan hidangan tradisi Pahang

JERANTUT 20 Feb. - Penduduk Hulu Tembeling dekat sini, diminta mengkomersialkan makanan tradisional berasaskan tumbuhan liar kepada pengunjung luar yang singgah di pusat pelancongan yang terdapat di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, terdapat banyak tumbuhan hutan yang cukup enak apabila dicampur dengan masakan tertentu yang menjadi hidangan istimewa penduduk di sini.

"Umbut bayas misalnya, walaupun sudah dikenali di tempat lain, tetapi cara masakan tradisional penduduk Hulu Tembeling amat berbeza malah lebih enak dengan campuran bahan penyedap lain," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pokok bayas yang tumbuh meliar di hutan Hulu Tembeling boleh dieksploitasi bagi tujuan komersial dengan memperkenalkan masakan berasaskan umbut berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Taman Negara, Zamri Mat Amin, 44, berkata, pengusaha kedai makan di Taman Negara Kuala Tahan sepatutnya mengambil kesempatan mengkomersialkan juadah berasaskan umbut bayas untuk pelawat yang dikenali amat lazat dan menyelerakan.

"Hidangan makanan berasaskan sumber tempatan sepatutnya diperkenalkan menerusi pakej lawatan pelancong ke sini sebagai sajian wajib dalam menu harian," katanya.

Zamri berkata, masakan popular yang sinonim dengan masyarakat pedalaman Hulu Tembeling, iaitu gulai asam rom yang menggunakan ramuan berasal daripada isi biji getah dan rom perah masih belum dikenali secara meluas dalam kalangan pelancong.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat), Wan Abdul Halim Wan Umar, 49, berkata, usaha mendokumentasikan masakan tradisional umbut bayas, asam rom dan gulai tempoyak ikan air tawar telah dilaksanakan kerajaan negeri untuk tatapan generasi akan datang.

"Generasi muda hari ini sepatutnya mempelajari masakan tradisional berkenaan kerana mereka yang mahir sahaja mampu meneruskan kesinambungan dan memulihara warisan itu," ujarnya.

Beliau menambah, semua pihak perlu mencontohi Jepun, Korea, Itali dan beberapa negara lain mempromosikan makanan tradisional masing-masing menerusi kerjasama restoran dalam bentuk francais.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.