ARKIB : 02/02/2013
Pakar Jengka RM5 juta sudah beroperasi
KUALA KRAU 1 Feb. - Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) bernilai RM5 juta di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, di sini yang menjadi mercu tanda baharu bandar ini, mula beroperasi Selasa lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, Pakar Jengka merupakan salah satu daripada tiga buah pasar seumpama itu di negeri ini yang menyediakan pelbagai barangan keperluan segar untuk penduduk setempat.
Katanya, lebih menarik, Pakar Jengka merupakan pasar komuniti pertama di negeri ini yang beroperasi di bawah kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
"Sebanyak 124 lot disediakan dengan 87 peniaga telah memulakan perniagaan masing-masing yang menawarkan pelbagai produk barangan asas pertanian serta ubat-ubatan yang segar dan berkualiti.
"Pakar Jengka yang dahulunya pasar tani menjadi tumpuan kira-kira 200,000 penduduk khususnya masyarakat peneroka, kakitangan kerajaan dan swasta mendapat barangan keperluan harian.
"Pakar Jengka bagi kluster pasar tani dibuka bermula pukul 2 petang hingga 9 malam pada setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad," kata Wan Salman selepas bertemu dengan peniaga sempena pembukaan Pakar Jengka di sini.
Yang turut hadir Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan FAMA, Ab. Razak Ab. Majid dan Pengarah FAMA negeri, Ibrahim Mahmood.
Jelas Wan Salman, Pakar merupakan inisiatif kerajaan untuk memoden dan menggabungkan pasar tani, pasar malam dan pasar minggu di bawah satu bumbung.
Tambah beliau, Pakar Jengka menawarkan kemudahan beli-belah serba lengkap dan selesa merupakan konsep peruncitan moden kepada penduduk Felda Wilayah Jengka.
"Kewujudan Pakar Jengka adalah janji kerajaan yang ditepati sebagaimana janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pengisytiharan nama Bandar Tun Abdul Razak Jengka pada 7 Julai 2011," katanya.
Wan Salman gembira pembinaan Pakar Jengka mengikut jadual dan projek itu menjadi contoh kepada rakyat bahawa setiap janji yang dibuat pemimpin Barisan Nasional (BN) ditepati.
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Jalan Persekutuan dinaik taraf
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









