VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 08/12/2012

IPD Maran beroperasi di bangunan baharu

MARAN 7 Dis. - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran kini beroperasi di bangunan kompleks baharu terletak bersebelahan Maran Hill Golf Resort, kira-kira satu kilometer dari lokasi asal bermula Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Supritendan Sulaiman A. Hamid berkata, semua jabatan dalam IPD Maran telah memulakan operasinya di bangunan baru ini kecuali Bahagian Trafik.

Katanya, kompleks baharu IPD Maran yang terletak di atas bukit lebih strategik dan dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai kerana mempunyai kawasan letak kereta yang lebih luas.

'' Antara jabatan dalam IPD Maran yang telah memulakan operasi di bangunan baharu ini ialah Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Unit Cawangan Khas dan Bahagian Ketenteraman Awam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sehubungan itu, Sulaiman menasihatkan orang ramai di daerah Maran supaya peka dengan perpindahan itu dan agar tidak lagi ke bangunan IPD Maran yang lama kecuali untuk urusan trafik.

''Selain kompleks pentadbiran, IPD baharu turut mengandungi kediaman lapan unit rumah pegawai dan 60 unit rumah anggota lain-lain pangkat.

''Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Pejabat Pertanyaan IPD Maran 09-4771222, 09-4772681 atau faks, 09-4772337," jelasnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.