VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 02/11/2012

6 projek rumah mampu milik dibina

KUANTAN 1 Nov. - Sebanyak enam projek perumahan mampu milik sedang dibina di dua daerah di negeri ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan muda memiliki rumah sendiri dengan harga berpatutan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, enam projek itu sudah dimulakan dengan dua daripadanya di Cameron Highlands manakala empat lagi di daerah ini.

"Projek ini dimajukan lima pemaju perumahan yang dipantau kerajaan negeri dengan setiap unit rumah dijual antara RM130,000 hingga RM250,000," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Pahang 2012 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini kelmarin.

Dalam majlis itu, seramai 446 pelajar dan 115 jurulatih menerima insentif daripada Yayasan Pahang (YP) berikutan kecemerlangan mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad.

Kata beliau, harga itu jauh lebih murah berbanding menyerahkan kerja pembinaan projek perumahan tersebut sepenuhnya kepada syarikat pemaju biasa.

"Contohnya, harga pasaran rumah dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air di Cameron Highlands adalah sekitar RM450,000, tetapi dengan konsep rumah mampu milik harganya adalah RM250,000. Jadi, ini amat berpatutan," katanya.

Menurut beliau, golongan muda yang baharu bekerja dengan pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan boleh mengemukakan permohonan bagi mendapatkan rumah di bawah projek itu.

Katanya, usaha kerajaan negeri membabitkan diri dalam pembinaan projek perumahan adalah bagi mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan negeri yang sebelum ini bergantung kepada hasil balak dan kelapa sawit.

Beliau memberitahu, selain enam projek perumahan itu satu lagi projek perumahan mampu milik yang dikendalikan kerajaan Pusat turut dibina di Tanjung Besar, Kuala Lipis.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.