ARKIB : 25/10/2012
9 masjid terima 20 lembu
KUALA LIPIS 24 Okt. - Syarikat emas, J Resources, Penjom Golden Mine, Lipis menyumbang sebanyak 20 ekor lembu berharga kira-kira RM50,000 kepada sembilan buah masjid di daerah ini untuk majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha Jumaat ini.
Sumbangan itu disampaikan Penasihat Eksekutif J Resources, Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd Soffi Abdul Razak, di Sekolah Kebangsaan (SK) Penjom, di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Presiden J Resources (Indonesia), Edi Permadi, Setiausaha Jawatankuasa Induk J Resources, Mohd. Shaifuddin Hamzah dan Guru Besar SK Penjom, Mohd. Rosmi Mohd Din.
Masjid yang menerima sumbangan lembu berkenaan itu termasuk Masjid Sultan Mahmud, Lipis (dua ekor), dan seekor bagi Masjid Batu 6, Penjom, Masjid Kampung Rengai, Masjid Kampung Lalang dan Masjid Kampung Salang.
Turut menerima sumbangan adalah Masjid Kampung Binjai, Masjid Kampung Tempoyang, Masjid Kampung Bapong dan Masjid Kampung Relong.
Menurut Ahmad Zamzamin, sumbangan lembu untuk korban di Lipis tahun ini merupakan tuntutan ibadat dalam Islam untuk golongan asnaf setempat selain menghargai jasa sebanyak 1,000 pekerja Penjom Golden Mine, Lipis.
"Program korban ini antara mekanisme syarikat korporat mendekatkan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk dan pemimpin setempat sempena Aidiladha," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban itu.
Sementara itu, Mohd. Soffi berkata, keprihatinan J Resources, Penjom Golden Mine, Lipis sewajarnya diteladani syarikat korporat lain untuk melaksanakan amal jariah sempena Aidiladha setiap tahun.
"Sumbangan syarikat perlombongan ini membawa mesej besar iaitu umat Islam perlu berkorban demi agama, bangsa dan negara serta masa depan generasi akan datang," katanya.
Norol Azali ikrar laksana tugas dengan baik
40 balai bomba bantuan
Suami tabah jaga isteri sakit, anak OKU
Tumpu keperluan generasi baharu
110 nelayan terima lesen sampan
Tiada lagi masalah elektrik di Ulu Tembeling
Hospital pakar hargai jasa jururawat
Buang sifat khianat, dengki
Kelab Agrosiswa di setiap IPTA
700 pembeli kecewa rumah tidak siap
Jangan takut derma buah pinggang
Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang
MBNP bantah perhimpunan haram
Kita perlu kuasai media sosial
Pembangunan wanita negeri ditingkat sejajar perubahan dialami negara
Jalan Persekutuan dinaik taraf
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









