ARKIB : 29/08/2012
1,000 hadiri Karnival Keusahawanan PMS
ROMPIN 28 Ogos - Lebih 1,000 penduduk sekitar daerah ini hadir pada program Karnival Keusahawanan dan Kerjaya 2012 yang diadakan selama dua hari di Politeknik Muadzam Shah (PMS) di sini baru-baru ini.
Karnival yang julung-julung kali diadakan oleh PMS ini dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd. Rahman.
Bertemakan Politeknik Pemacu Keusahawanan, karnival itu menjadi platform kepada penuntut untuk menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang keusahawanan serta mendedahkan mereka dengan tatacara untuk menghadiri temu duga dan menulis resume sebagai persediaan awal sebelum ke alam pekerjaan.
Selain itu, terdapat beberapa aktiviti menarik turut dijalankan seperti taklimat keusahawanan bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, gerai jualan keusahawanan, forum perdana, temu duga terbuka dan klinik kerjaya.
Omar ketika berucap pada karnival itu berkata, program itu diharap menjadi pemangkin kepada usaha untuk meletakkan asas kukuh bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan kebolehpasaran graduan keluaran politeknik ini.
"Manfaat yang diperoleh daripada penganjuran karnival ini cukup banyak dan boleh disifatkan sebagai sebuah pusat sehenti yang membolehkan graduan mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan.
"Namun, dalam konteks ini, graduan tidak seharusnya mengharapkan pihak institusi sahaja untuk membantu mereka sebelum melangkah ke alam kerjaya, sebaliknya golongan itu juga perlu memahami apakah keperluan dan kehidupan sebenar ketika memasuki dunia pekerjaan kelak," katanya.
Katanya, graduan perlulah sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang berkaitan serta memahami matlamat kerjaya yang ingin dituju.
"Mereka juga perlu merancang bagaimana dapat meningkatkan kemahiran dan pencapaian dalam kerjaya pada masa depan.
"Semua ini merupakan satu dimensi pemikiran baru yang perlu dimiliki oleh bakal graduan untuk lebih berdaya saing," katanya.
Warga pendidik perlu elak dilabel tidak profesional
Tanaman padi huma sumber rezeki utama Wan Chik
Tarik semula pelancong ke Kuala Gandah
Pengguna hadapi risiko kemalangan
Empower lonjak sektor pendidikan di Temerloh
Pelajari pengurusan sumber manusia di Jerman
LPPKN sedia pelbagai acara sempena program Hari Bapa
Hobi kumpul duit lama beri keuntungan
Mantapkan penguasaan bahasa kebangsaan
Kongsi insiden Lahad Datu
Ibu tunggal digesa daftar dengan JPW
Perubahan aliran trafik Kuantan
Persiap digesa susun program yang mampu beri impak positif
Masih banyak tanah tidak dimajukan
Wilayah Jengka komited lahirkan usahawan berdaya saing
Luar bandar perlu lebih perhatian
Akidah Orang Asli dimantapkan
Saudara baharu Islam tidak diabaikan
Pertahan martabat seni silat
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










