ARKIB : 29/08/2012
UMP semarakkan kempen kibar Jalur Gemilang
KUANTAN 28 Ogos - Sempena Bulan Kemerdekaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) tidak ketinggalan untuk meraikannya apabila mengagihkan 600 Jalur Gemilang kepada 30 jabatan di kampusnya di Kuantan dan Pekan baru-baru ini.
Pengagihan itu dibuat sempena pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan penyerahan Jalur Gemilang di Dewan Tun Fatimah, Kompleks Pentadbiran Utama UMP Kampus Kuantan di sini.
Selain itu, pihak pentadbiran universiti tersebut turut mengadakan beberapa program bagi mengajak warga UMP menghayati semangat kemerdekaan dengan menganjurkan pertandingan bagi memeriahkan sambutan tersebut.
Antara program yang dianjurkan adalah pertandingan menghias ruang pejabat dengan Jalur Gemilang, forum kemerdekaan, pertandingan pantun kenegaraan, bicara merdeka, solat hajat dan khidmat komuniti.
Pendaftar UMP, Mustafa Ibrahim berkata, penganjuran itu memberi peluang kepada warga universiti mensyukuri nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi di negara ini.
"Aktiviti itu merupakan cara paling mudah untuk meluahkan semangat sayangkan negara dan sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur berada di negara ini dan tidak berhadapan dengan peperangan," katanya di sini.
Katanya, UMP juga akan menjalankan program khidmat masyarakat dengan mengadakan gotong-royong membaik pulih rumah penduduk di Kampung Runchang di Pekan yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan Pelajar.
Tambahnya, program bual bicara akan diadakan pada 7 September depan yang menampilkan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim sebagai moderator manakala ahli panel terdiri daripada Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Raja Arif Raja Ali; bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B), Datuk Seri Zaini Mohamad Said dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad.
Penganjuran forum kemerdekaan pula pada 12 September depan akan dijayakan oleh tiga ahli panel iaitu Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin; Prof. Dr. Sidek Baba (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah.
OUM taja 5,000 naskhah Utusan Malaysia
Program Khidmat Bantu Di Rumah beri harapan kepada warga emas
Keunikan Kampung Labu gamit pelawat
40 balai bomba tambahan di Pahang
Kuala Lipis bakal jadi hab pendidikan
RMTN sambut Hari Tapir Sedunia
Calon bakal hilang deposit
Guru sekolah Orang Asli redah hutan lebih 2 jam
Kemajuan Orang Asli seluruh Pahang dibela
Koperasi bantu nelayan sungai
10 Exco Pahang angkat sumpah
72 unit komputer judi dirampas
Turunkan bahan kempen
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa
PENGORBANAN GURU
Pusat Transformasi Bandar mudahkan urusan penduduk Pahang
Menyelami kehidupan etnik pedalaman
Hapus saki baki kemiskinan
Kerajaan serius laksana pembangunan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









